SHUSHI dan CHOP-STICK?

2011-06-09

Salam sejahtera para Kakkoiis sekalian..

Walaupun Kakkoii berdarah campuran Cina dan Melayu, namun Kakkoii tidak pernah diajar makan menggunakan chopstick..

Pada suatu hari rakan-rakan Cina dan Kakkoii pergi untuk menikmati shushi..


"Wei, aku 1st time datang sini. Nak ambil macamana?"

"Lu jangn risau lah. Ambil aje yang mana you nak makan."

"Mahal tak?"

"Don't worry... Today I belanja!"


Maka tanpa segan silu Kakkoii pun memilih shushi yang dikehendaki daripada meja yang disediakan.


"Alamak.. Sini tak ada sudu dengan garfu ke?"

"Nak buat apa?"

"Nak makan shushi lah.."

"Oh tidak... Bro, makan shushi sini guna CHOPSTICK lah!"

"Hah?? Chopstick? Mana aku tahu guna!"

"Hahaha, jangan risau ma... Kami kan Cina. Kami boleh ajar ma."

"Betul.. Senang aje nak guna.. Lu pegang macam pegang pen. lepas tu cuba kepit itu shushi."

"Macam ni ke?"


Sambil mengepit shushi...


"Haa betul-betul.. Eh, eh, eh, jangan kuat sangat nanti hancur shushi tu."

"Ops jatuh..."

"Laaa 'hidup' lagi ke shushi tu?"

"Hahaha..."

"Dah kau kata tadi jangan kuat-kuat, aku pegang perlahan aje la.. Haiyaaa...!"

"Kau praktis la sampai boleh masuk mulut.."


Setelah beberapa minit berlatih, Kakkoii sudah pandai menggunakan chopstick tersebut dengan mudahnya..


"Weh guys, aku dah reti guna chopstick ni lah!"

"Haha bagus-bagus ambil lagi makan.."


Disebabkan teruja, Kakkoii mengambil shushi dan makan berulang-ulang kali sehinggalah...


"Kakkoii, bila kau nak stop makan?"

"Lah, kenapa?"

"Ye lah, banyaknya kau makan.. Aku kira ada dekat 30 piring dah."

"Haha ini sebab aku teruja dan shushi ni sedap~!"

"Ya, memang sedap... Tapi siapa mau bayar ni?"

"Bukan kau belanje ke?"

"Aku bawak RM50 je..."

"Erk.."


Akhirnya, kami bayar berasingan....

P/s : Maybe this is the last time Kakkoii pergi makan shushi! Tetapi ia memberi Kakkoii ilmu yang berguna untuk menggunakan chopstick sebagai alternatif kepada sudu dan garfu.

18 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

miss ct on June 9, 2011 at 3:53 AM said...

Assalamualaikum kakkoi...
best x shushi?? nanti ct nak try gak mkn shushi ni... blh suggest kat mana tmpt mkn shushi yg halal??

elyna on June 9, 2011 at 4:02 AM said...

ooo.. kk upenye mamat cina+melayu .. rupe kk cam apek la erk ?
erkk lariiiii :p

Kakkoii on June 9, 2011 at 4:04 AM said...

ct >> aritu kk makan dekat shushi king je..

Kakkoii on June 9, 2011 at 4:04 AM said...

elyna >> jaga ko elyna.. kk kejo t!

cik AF on June 9, 2011 at 4:19 AM said...

senang kot makan shushi gune copstick daripada makan bubur gune chopstick =.= kan kan ? XD hahaha. ouh, kk campuran , :kecewa fa melayu tulen :majuk

M.Y.H.A.S on June 9, 2011 at 12:47 PM said...

assalamualaikum :)

wah, cepatnya belajar guna chopstik, waktu tu jugak dah pandai, saya dulu pun belajar berhari2 baru nak reti guna chopstik (>.<)

♥ Princess ♥ on June 10, 2011 at 7:04 AM said...

adehh..hehehehehe lawaklah kakkoii ni...sedap shushi ke teruja makan dgn chosptik?

Siti Safiyyah on June 10, 2011 at 9:35 AM said...

tak reti makan pakai chopstick gak. hehe. tersengih bace entri ni. :p

nelly on June 13, 2011 at 3:22 AM said...

tak reti pakai chopstick ~
=='

diana on June 20, 2011 at 5:16 AM said...

kenapa kena makan dengan chopstick??
kan tangan kita ada jari..kan???

czueka zulaikha on July 16, 2011 at 11:17 PM said...

ohoh i like sushi :) ta penah jupe org mkn sushi dgn garfu haha :P nice experience kuikui

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:53 PM said...

cik AF >> try la hang pakai chopstick mkn bubur... kalo berjaya kk tabik springgg!

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:54 PM said...

MYHAS >> mayb itu namanya naluri darah campuran kot... haha

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:55 PM said...

princess >> memang sedap huhuhu (Jakun sebenarnya 1st time mkn shushi)

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:55 PM said...

SS >> mu kena belajar gak!! rugi kalo x belajo. ada paham?

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:56 PM said...

nelly >> meh belanje kk p mam shushi. kk ajokan nak?

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:57 PM said...

diana >> ada kalanya kita kena respect adat kaum lain..

Kakkoii on August 5, 2011 at 2:59 PM said...

czueka zulaikha >> jom kita try mkn guna garfu nak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011