Cilok dari google image |
Hon merupakan sebuah alat di dalam sesebuah kenderaan..
Pada suatu hari, Kakkoii menemani seorang rakan untuk pulang ke kampungnya..
Di dalam perjalanan, sebuah kenderaan memotong secara tiba-tiba..
"Ish, tak guna punya orang. Kau nak potong pun bagi la hon dulu!"
"Rilek la bro.. Kau tengah drive ni. Jangan ikutkan perasaan.."
"Aku pelik la dengan budaya orang Malaysia ni. Memotong tak tau bunyikan hon!"
"Maksud kau?"
"Sebenarnya, hon ni digunakan untuk memberitahu kepada pemandu lain.."
"Tak faham.."
"Contoh macam Indonesia, mereka bunyikan hon bila nak memotong. Barulah orang yang tengah drive tu tahu kita nak memotong dia. tak adalah gelabah macam aku tadi.."
"Ooo..."
"Ha, kau tengok ni. Aku nak memotong.."
Piinn~
Bunyi hon ditekan..
Sewaktu sedang memotong...
"Erk, kau nampak ape yang aku nampak?"
"Nampaklah! Tak guna punya driver.. Dia tunjuk jari tengah dekat aku.."
"......."
"Ape salah ke aku bunyikan hon supaya tak nak dia menggelabah?"
"Err tak salah kot.. Maybe dia aje yang tengah tension... Tak semua orang Malaysia macam tu.."
"Betul jugak.."
Tiba-tiba..
Tinn~
Hon dibunyikan dari kenderaan belakang..
"Ha, ini lah cara yang betul.. Nak potong kena bunyikan hon dulu. Baru aku alert.."
Sewaktu kereta itu sedang memotong, pemandu tersebut menjerit..
"Hoi bodoh, bawak lembab macam kura-kura!!"
"...Erk"
Kami terkedu...
P/s : Membunyikan hon di Malaysia, maksudnya apa ye? Konfius sudah...
Jika minat entry ini, sila tekan like dan share dalam FB anda ye..
25 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
ngahaha. malaysian xda maksud bg hon. suka suka ja. xD
haha..
kat indon mmg cmtu..
tp kat malaysia kalau bunyi hon tu mgkin tanda nye rude kot..
entah la..
nurulee>> x da maksud bg hon?? hurmmm
hana >> kalo rude knp proton dgn produa dan pengeluar2 kenderaan lain di malaysia x buang je hon tu?? hurmmm
hahaha... hon utk sedarkan salah seseorg.. tp kt luar utk potong.. btol2
hon tu ada org suka2 pkai je.suka hon ikut suka hati je..nyampah..
mentaliti org mlysia ada yg tak blh kena hon,klau kena hon dgn org lain mula la ayat tu baik punya kuar..mncarut la mcm2..
kena hon dulu eh b4 potong?ok..br tau..noob..tp sy x suker org hon sy..juge x ske hon org..hehe
@cintatulip
totally agreed!
hahaha...tapi betul jugak tu...even x bawak keta,, tapi pengalaman menumpang kawan... bila kena hon sibuk nak marah2...huhuhu
@Spanar Buruk
jgn tekan hon tu kuat2... tekan sekali je just orng dgr
moon >> pengalaman menyatakan kebenaran ^^
atiqah >> wah ganas... suke hon orng ye... x pe kk jumpe je kk hon banyak2 kali haha
bunyi hon di malaysia, ader 3..
1) hon ketike memotong : jike org hadapan kiter kenal..=)
2) hon ketike memotong juge : jike pemandu depan wat salah, pemandu belakang marah..huhu..=)
3) hon ketike berade di selekoh tajam : untuk menandekan bagi pihak kenderaan yang berade di selisih kiter bahawe ader kenderaan di hadapan..nt kang xpasal2 kenderaan di hadapan selisih kiter lap maut, mau tersadai..
okei tulah hon di malaysia..=))
Assalamualaikum..
ct baru tau hon ni byk fungsinya.. yg ct tau, kita hon bila berada di selekoh yg tajam..hon sbb nak bgtau perlahan kereta..takut keta depan bw laju di selekoh dan bertembung.. nauzubillah..lagi satu, ct hon bila cara org tu bw keta dan akan menyebabkan ct kemalangan.. mmg kena hon lah...itu je kot..pjg pula..erk
hon ni kalo kat kg nak hon lembu je...hehehe.....kalo kat bandar nk hon org yg kuar simpang x tgk kiri kanan main keluar je...hahaha
http://phatthegreat.blogspot.com/2011/08/ww-wordless-wednesday-9.html
kat Malaysia ni hon selalu guna utk
1)gtau yang driver satu lg tu da wat salah
2)selekoh tajam
3)tegur org yang kita kenal
4)bila kita ada di blindspot kereta lain n diorg macam nak masuk line.
kalau memotong, mmg orang tak hon. kalau kita hon, org akan ingat kita marah. amalan kat Malaysia, kalau nk memotong, bagi signal. masa belajar kete dulu pun, takde diajar bg hon bila nak memotong. cume bagi signal je...
hon tu bukan nye di gunekan tuk memotong..tp digunakan tuk menyedarkan tentang kesalahan pemandu tu...
tentang yg tunjuk jari kt tgh tu mmg xpatut...macam tu ke budaya org MALAYSIA??kate 1 MALAYSIA....
haha tak tawu la maksud hon kat malaysia ape.yg penting emy memang tak suke kene hon!hehe =)
aein najwa >> haha ada 1 lg la.. hon cari pasal.. hon sahaja kat sape2 kerana dia bengang~
miss ct >> tulah yg sebenarnya... tapi dah terbalik sekarang budaya di malaysia~ ^^
phat >> uish.. then kalo nampak awek lalu, hon jugak kan? hik3
nana edy >> sebenarnya kene hon sekali bagi orng depan alert.. kadang2 dewang x perasan n cilok jugak.. x kan bahaye?
gadis butterfly >> menyedarkan kesalahan memandu dan memberi alert kepada pemandu lain tentang sesuatu yg kita hendak lakukan..
emy zulaiha >> erk... no komen haha
kesimpulan nyer hon nie penting dan merupakan satu ciri keselamatan....
Post a Comment