-Google Cilok- |
Pada suatu petang sewaktu Kakkoii berada di kampung..
"Kakkoii, mari sini sekejap.. Tolong nenek hantar lauk buka puasa dekat jiran-jiran.."
"Hmmm yela.. Nenek masak apa hari ini?"
"Mee goreng aje.."
"Lah, satu lauk aje?"
"A ah lah.. Malas nenek nak masak banyak-banyak.. Dah, ambil ni pergi hantar rumah jiran-jiran."
"Banyaknya bekas, nek?"
"Ye lah, dah ada 3 rumah nak kena hantar.."
Tiba-tiba adik saudara mencelah..
"Abang Kakkoii nak pergi mana ni?"
"Hah, elok sangatlah adik ada. Meh tolong abang bawak bekas ni.."
"Nak bawak ke mana?"
"Nak hantar ke rumah jiran.."
Setibanya ke rumah jiran..
"Assalammualaikum, makcik.. Ini ada juadah berbuka nenek bagi.."
"Waalaikummussalam.. Wah, sedap ni.. Eh, sekejap ye, makcik pun ada juadah nak bagi.."
"Ok.."
"Nah, ini ada Kue Teow Goreng untuk kamu.."
"Terima kasih makcik.."
Setibanya ke rumah kedua,
"Assalammualaikum, Hajjah..."
"Assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam.. Ooo cucu Nenek Kemah rupanya.. Ada apa tu?"
"Ini nenek bagi juadah berbuka la Hajjah.."
"Ooo bagusnya, tunggu sekejap eh Hajjah pun ada balasannya juga.."
"Ok..."
"Nah, ini dia.. Hari ini Hajjah masak Bihun Sup aje.. Ambillah buat berbuka nanti.."
"Terima kasih Hajjah.."
"Baik-baik bawak.. panas tu.."
Setibanya di rumah ketiga,
"Hai Pak Mat.."
"Eh, Kakkoii.. Bila kau balik?"
"Baru je tadi.. Ni ha nenek bagi.."
"Ooo terima kasih.. Tunggu sekejap makcik kau ada balasan dia.. Eh, ayah kau sihat?"
"Sihat Pak Mat, tapi dia tak balik kampung hari ini.. Kakkoii saja aje balik.."
"Ooo nanti kirim salam dengan dia ye.."
"Ok.."
"Nah, ini dia juadah untuk kamu.. Mee Kari makcik kau memang sedap tau!"
"Terima kasih Pak Mat.."
Sekembalinya ke rumah, Kakkoii dapati Laksa Johor dan Mee Rojak telah terhidang di atas meja..
"Nenek, ni ha lauk yang jiran-jiran balas.."
"Haa, alhamdulillah.. Kakkoii tolong la hidang dekat atas meja tu.."
"Nenek, yang dua lagi ni siapa bagi?"
"Ada anak jiran datang hantar tadi.."
"Wau, banyaknya lauk?"
"Ha, inilah budaya kampung.. Masak satu lauk, bila bertukar-tukar, dapatlah banyak.."
"Bagusnya.. Tapi hari ini semua lauknya mee.."
"Eh, a ah lah..."
"...Erk.. Hehe.. Dah nasib, nak buat macamana.."
P/s : Budaya bertukar-tukar juadah amat menjimatkan.. Zaman sekarang macam dah kurang aje..?
Jika minat entry ini, sila tekan Like dan Share dalam FB anda yer..
16 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
bagus amalan ni kna diteruskan tapi tak smua org buat mcm ni..org2 di kampung je rajin buat..org kat bndar ada yg buat tpi blh kira dgn jari je..
konon alasan tak smpat msak la sibuk la.tapi tradisi ni kna diamalkan selalu utk eratkan ukhwah antara umat manusia..
hari mee sedunia....hehehe....sedap ape :)
Assalamualaikum..
wah..masih ada lagi budaya ni kan?? bestnya.. tp berapa ramai yg tukar juadah2 ni??
buka pose semalam baru je mak eden cakap pasal bnde ni..
tetibe kakkoii dh uat entry..
hahaha...
spannar >> yup inilah msg yg ingin kk sampaikan ^^
awan nano >> leh termuntah mkn mee aje tau x!! ahaha
miss ct >> a ah masih ada tp kurang diamalkan... alhamdulillah kat kawasan taman perumahan kk, budaya ni masih diamalkan.. ^^
hana >> eh wat la skali... then bg credit kat kk eh haha
betul2..skang amalan 'sistem barter' ni dh kurang..kalo dolu2 selalu tolong mak anta juadah buka pose kat umah jiran..
dhiaqiud >> time tu confirm dpt balasan bnyk lauk kan ^^
saya datang sini bawak nasi goreng... hehehe
orang biasa >> kk balas dengan air kosong leh x? hehe
makan je apa yang ada , sebab tahu, ramai lagi kat luar tu yg lagi tak dapat mkn ape2 :(
ainina >> pedas, pedaaaas~
haha thx diatas peringatan tu ^^
ehem. baru tadi ada jiran bagi juadah berbuka. hehe. wahhh mee kari.. nak sikit!
ss >> wah wah... nak mee kari eh? Nanti kk pos.. tu pun kalo x basi lagi la ahaha
Post a Comment