Marahnya Aku !

2011-08-23


Anda tentu pernah marah bukan?

Kadangkala ketika sedang memandu kereta anda dipotong laju secara bahaya oleh kenderaan lain, bahkan apabila kenderaan di depan anda terlalu perlahan hinggakan anda menekan-nekan hon serta memberikan ‘lampu tinggi’ berkali-kali agar dia memberi laluan kepada anda sambil mulut berkumat-kamit menyebut caci maki yang tak sanggup saya nyatakan di sini.

Juga kadangkala kawan-kawan anda meminjam barang-barang kesayangan anda tanpa kebenaran. Barangkali anda juga pernah secara sengaja atau tidak telah menyakiti (fizikal mahupun mental) orang yang mendidihkan darah anda itu.

Jika semua perkara yang disebutkan tadi, atau yang sewaktu dengannya, pernah berlaku dalam sejarah hidup anda, ini hari bertuah anda kerana di sini saya akan memberikan tips atau panduan berguna agar kejadian sebegitu tidak akan berulang lagi.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  1. Penukul besi (hammer)
  2. Paku secukup rasa
  3. Dinding atau tiang yang telah ditentukan

Cara-caranya ialah:
  1. Jalani kehidupan anda seperti biasa tanpa rasa gundah-gulana di hati sehingga anda bertemu keadaan yang membuatkan darah anda mencapai takat didih.
  2. Apabila darah anda sudah mendidih, segeralah mencapai penukul besi dan paku tadi.
  3. Bersemukalah dengan dinding atau tiang yang telah ditentukan tadi.
  4. Ketuklah paku tadi ke dinding atau tiang tersebut secukup rasa, kalau tak cukup satu, sepuluh pun tidak mengapa, asalkan rasa marah anda itu hilang.
  5. Biarkan paku tersebut sebati dengan dinding tanpa perlu dicabut.
  6. Teruskan langkah 1-5 sehingga genap 7 hari.

Dah cukup 7 hari?

Ok, bagus. Sekarang saya mahu anda cabut paku-paku tersebut satu persatu sehingga tercabut semuanya. (Nak kesan yang lebih pantas? Tak perlu tunggu 7 hari, cabut paku-paku itu bila darah anda dah turun ke suhu bilik).

Sekarang kelihatan lubang-lubang kesan tikaman paku pada dinding atau tiang tersebut bukan?

Begitulah analogi yang ingin saya sampaikan di sini. Apabila kita marah dan melakukan sesuatu dalam keadaan marah, kesan yang tertimpa pada orang yang dimarahi itu amat dalam dan sukar untuk diubati walaupun maaf telah diucap.

Paku yang tertusuk mungkin dapat kita cabut, tetapi lubang yang terhasil tidak mungkin dapat kita tutup.


P/s: The damage has been done. So, jangan marah-marah bro, chillax. Patience is a virtue. ;-)

Jika suka entry ini, sila tekan Like dan Share di FB yer...



26 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

RinsyaRyc on August 23, 2011 at 9:24 AM said...

cara laen ade? kat hostel takdek penukul besi, paku tak cukup rasa, dinding takleh.. dinding keajaan.. Hikhikhik^^..

Kan ade penawar marah yang paling mujarab? (cuma jarang kita amalkan termasuk sye sendiri.. huhuhu)

AleeyaLiya on August 23, 2011 at 9:28 AM said...

yup..betul tuh..pandai2 la kawal emosi jgn terlampau emosi sgt...nanti bahana diri..

wafiy suzly on August 23, 2011 at 9:30 AM said...

haha. nice idea kakkoi. dan buat pertama kali, aku komen kat cni.. :)

aamalinaazman on August 23, 2011 at 9:42 AM said...

pehhh
bes gile analogi nih
hihihihi

sukee!

hana on August 23, 2011 at 9:54 AM said...

saye x pndai menukul...
camne??
hehhe

ZWAN SABRI on August 23, 2011 at 11:11 AM said...

btol tu btol.. memaafkan mmg senang tp untuk melupakan mmg payah.. ;)


MySuaraBlog: Awas Lelaki Berumur 15-25 Tahun

Unknown on August 23, 2011 at 2:27 PM said...

amik wudu je aihh :)

HanTu-ToMYam on August 23, 2011 at 3:18 PM said...

tak nak ketuk paku kat dinding..nak ketuk paku kat orang tu..kihkih..

Anonymous said...

betul tu...memaafkan mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi the hardest thing is melupakan... mungkin seumur hidup teringat-ingat.. :tepi

mas saari on August 23, 2011 at 8:40 PM said...

singgah dari blog MTT.. follow u!
smartnya template blog awak...suka!

kita kena kawal sikit perasaan marah tu, nanti memudaratkan diri!

lavenderlover on August 23, 2011 at 8:57 PM said...

sabar2..marah2 ni kan kawan syaitan..p/s-np sy x blh nk post comment kat shoutbox awak?

Ninie on August 23, 2011 at 9:36 PM said...

Sy dah masukkn awk dlm bloglist kiter...tq!
Follow kiter at http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/
kiter dh follow awk!

Kakkoii on August 24, 2011 at 6:59 AM said...

@RinsyaRyc

Ada... pakukan kat pale sendiri.. hik3..

Fokus yang ditekan sebenarnya bukan yg hentak paku tu..

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:00 AM said...

@AleeyaLiya

Kemarahan boleh memakan diri ^^

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:00 AM said...

@wafiy suzly

Huhu thx~... tp ni bukan idea kakkoii... ni hasil penulisan Mr.Oppa ^^

And do come and comment again ^^

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:01 AM said...

@aimie amalina

A ah.. bestkan? hehe kakkoii pun suke~

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:01 AM said...

@hana

Cube gerudi... mesti pandai kan? hehe

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:02 AM said...

@ZWAN SABRI

Yup... walaupun mulut dah ucap maaf, tapi dlm hati lambat untuk memaafkan sebenar2nya

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:02 AM said...

@FYA PELANG!

Tu cara nak ilangkan marah de...

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:02 AM said...

@mindaKhayaLan

Yeappp... itu cara terbaek sekali!

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:03 AM said...

@mOoN

Wah... ni betul2 makan dalam nih haha

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:03 AM said...

@mas saari

Thx kerana suka template saye..

perasaan marah dan dendam memang patut dikawal~!

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:04 AM said...

@lavenderlover

Yeap.. marah ni sebahagian dari nafsu, dan mengikut nafsu sama seperti syaitan....

P/s : kerana itu bukan shoutbox... cube klik butang kat sebelah die yang tulis "shoutbox" tu..

Kakkoii on August 24, 2011 at 7:05 AM said...

@Ninie

er... sesat entry ni kak.. haha

ok kakkoii pun dah masukkan dlm bloglist ^^

Anonymous said...

santai tapi bermakna. hehe. lepas ni, kalau nak marah kena fikir dua tiga kali. :P

Kakkoii on August 24, 2011 at 8:07 AM said...

siti >> betul3.. kalo nak marah, fikir masak2 dulu kesan yang mungkin kita terima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011