Hantu !

2011-09-16
Sumber : Google ?? - Inilah dia hantu makcik Karipap


Kakkoii sudah kembali ke Universiti untuk meneruskan pengajian..
Segala-galanya baru, termasuklah juga berpindah ke rumah sewa yang baru..

selepas beberapa hari duduk di rumah sewa itu..


"Kakkoii, kau kenapa ? Aku tengok kau murung semacam je.."

"Hmm ? Apa ?"

"Kau tu... Kenapa masam je muka ?"

"Aku rasa macam ada yang tak kena lah..."

"Kenapa ?"

"Entahlah... sejak kita pindah rumah ni, semacam je aku rasa.."

"Rasa apa ?"

"Rasa murung lah..."

"Ish kau ni.. Jangan mengarut lah.. Aku tak rasa apa-apa pun.."

"Betul... Aku yang rasa.. Kadang-kadang terjaga awal pagi.."


Riak wajah rakan serumah mula pucat..
Dan untuk menyedapkan hati...


"Kau nak terkencing kot masa tu..."

"Tak lah.. Kadang-kadang aku tak boleh tidur.."

"Hmm.. Kau ada nampak ke benda-benda yang tak kena dalam rumah ni ?"

"Benda tak kena ?"

"Ye lah... Benda-benda tu lah.."

"Benda-benda tu apa?"

"Err... Aku pulak seram nak cakap.."

"Hmm ?"

"Alaa.. Contohnya nampak kelibat ke, dengar bunyi ke..."

"Tak ada pun... Tak sampai tahap tu lagi.."

"Dah tu kau baru sampai tahap mana ?"

"Aku asyik terbayang aje.."

"Terbayang ? Kau ni macam dah gila bayang la.."

"Ish memandai je kau ni.. Entah la.. Kadang-kadang, tengah tak ada kerja memang akan nampak benda tu melayang-layang datang.."

"Kau selalu kena dekat mana ?"

"Tak tentu.. kadang-kadang masa tengah tengok tv, adakalanya dekat dalam bilik, ada juga bila dalam tandas.."

"Ish.. Seram aku dengar.. Nasib baik bilik aku tak ada.."

"Eh, ada sekali tu dekat bilik kau pun kena juga lah.."


Kulitnya semakin pucat seperti kekurangan darah..

"Woi... serius ke kau ?"

"Ha ah.."

"Gila seram... Nanti aku tanya kawan aku... Kalau ada rumah sewa lain, kita pindah.."

"Hah ?? Kenapa ?"

"Dah tu kau nak duduk sini ke ?"

"Apa salahnya ?"

"Keras woooo"

"Rumah batu memang la keras.."

"Aku sepok kepala kau kang.. Maksud aku hantu la.. Dah kritikal ni sampai kau nampak benda tu melayang-layang.."

"...???"


Kakkoii memandangnya penuh kehairanan..


"Kenapa kau pandang aku macam pelik ?"

"Mana ada hantu dekat rumah ni ?"

"Dah tu kau kata tadi apa ?"

"Aku murung sebab internet tak pasang lagi.."

"Hah ?"

"Yer lah.. Kalau tak ada internet, MACAMANA AKU NAK UPDATE BLOG !"

 
 Suasana sunyi seketika...


"Yang kau kata melayang-layang tadi tu apa ?"

"Aku terbayang blog aku.. Hahaha.."

"Hantu punya budak !!!"


Bila lah agak-agaknya TM nak datang pasang internet ni...!


P/s : Bila dah suka ber-blog-ing, satu hari tak dapat sentuh blog, gian rasanya... Setuju tak?



33 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Anonymous said...

ahahahahahah ! saya stuju :)

Unknown on September 16, 2011 at 2:18 AM said...

setujuuuu!!

ZWAN SABRI on September 16, 2011 at 2:18 AM said...

HAHA.. ni kes hantu internet la ni ek? HAHA


MySuaraBlog: Bersin OK, Menguap K.O?

nick dot anis on September 16, 2011 at 2:31 AM said...

hahhhaha suspend

Falling . on September 16, 2011 at 2:46 AM said...

hahahaha sengal~

Abe Long on September 16, 2011 at 2:47 AM said...

hahahah terkena kawan kau. mmg cooll!!!

afifah on September 16, 2011 at 2:48 AM said...

org kata kalau nak lupakan cinta sibok kan diri..

aku sbb sibok je ni..kalau tak mmg aku dah tiap2 hari berblogging je!

miss ct on September 16, 2011 at 2:56 AM said...

Assalamualaikum kk...
dah agak dah..klu rumah sewa je...mesti kes wifi..sila bersabar ya kk...

family of fur on September 16, 2011 at 3:13 AM said...

hahaha.. mule2 baca da seram da. adoi... terbaik la ^.^

xde tenet, xley idop woooo

ღ αεn ツ on September 16, 2011 at 3:33 AM said...

HAHA, memang lawak gila.

fyy mokhtar on September 16, 2011 at 3:45 AM said...

wakakakakkaa. lawak. lawak!!

arituarini on September 16, 2011 at 3:55 AM said...

cuak aku bro..

maszull on September 16, 2011 at 7:43 AM said...

salam....betul tu....:)

aamalinaazman on September 16, 2011 at 7:49 AM said...

betollllllllll
! sgt la setujuuuuuu
huhuhu
aiyaaak
hantu disamakan dgn tenet ye
kikiki

AM on September 16, 2011 at 9:01 AM said...

Hahaha. Tergelak baca entri nie. Dah feeling2 seram, tapi rupa-rupanya .. :D

msredcheesecake on September 16, 2011 at 9:18 AM said...

Dia rupanya hantunya...heee

Belul..addicted to blogging...

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:45 AM said...

@cik AF

haha hantuu jugak la ni ye

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:45 AM said...

@Paris Hilton (M)

tebiat kita serupee haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:46 AM said...

@ZWAN SABRI

Ish bukan la... ni blogger yg jadi hantu haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:46 AM said...

@nick dot anis

hik3... memang saje je bagi suspend

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:46 AM said...

@..cik gugu..

wahahah terkena yek..

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:47 AM said...

@abe long

haha memang "kakkoii" kan?? hehe

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:48 AM said...

@Nurul Afifah

cinta?? ooo paham3

cintakan blog yek haha

ni dah kes angau tau

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:48 AM said...

@miss ct

hehe miss ct pun pernah kene benda yg sama ke haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:49 AM said...

@family of fur

haha kan~

memang x leh idup kan.. haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:49 AM said...

@ღ αεn ツ

yeke.. ^^

silalah gelak sambil guling2 yek... jgn segan2

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:50 AM said...

@fyy mokhtar

hik3... kk bace pun gelak gak

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:50 AM said...

@ArulchelseA

apekah sebabnya ko cuak? haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:50 AM said...

@maszull

wassalam... memang betul kan haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:51 AM said...

@aimie amalina

hantu disamakan dengan sikap sebenarnya haha

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:51 AM said...

@Arol Mubin

haha inilah dinamakan double meaning

Kakkoii on September 17, 2011 at 5:52 AM said...

@msredcheesecake

yup!

sapa yang x addicted tu maknanya die berblogging dengan niat x betul la tu haha

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr on September 17, 2011 at 9:52 AM said...

pic tu buat aku takut nk g toilet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011