Bawa Kereta Perlahan, Mengundang Padah !

2011-09-08
Beringat-ingatlah di jalan raya..


Disebabkan masih di dalam mood raya, Kakkoii nak kongsi satu peristiwa yang berlaku semasa Hari Raya yang ke-2..

3 buah kenderaan (Kereta Kakkoii, Pak Lang sekeluarga, dan sepupu Kakkoii) berkonvoy ke Mersing, Johor untuk menziarahi saudara di sana..

Sebelum perjalanan dimulakan, setiap kereta dibekalkan dengan sebuah "Walkie-Talkie" bagi memudahkan perhubungan (Kes nak menjimatkan kredit handphone la ni haha)

Di dalam perjalanan..

Sepupu Kakkoii berkata..


"Halo, halo, halo... testing.."


Tiada jawapan..


"Heloooooo...... Dengar tak?"


Kakkoii hanya mendiamkan diri..


"Ah sudah... Tak kan bateri habis kot.."

"Hello..."

"Eh, kau dengar tak tadi ?"

"Dengar.."

"Dah tu kenapa tak jawab ?"

"Saja je nak kenakan kau... hahaha.."

"Cis tak guna.. Eh, Pak Lang dengar tak ?"

"Entah.. Hello.. Pak Lang.. "


Tiada jawapan..


"Aku rasa kau bagi Walkie-Talkie yang rosak la pada dia.."

"Aik? Aku baru beli kot..!"

"Dah tu tak jawab pun dia.."

"Maybe Pak Lang lupa on Walkie-Talkie tu kot.. hahaha"

"Ah sudah... Macamana nak cakap dengan dia ni.."

"Guna handphone aje lah.."

"Malas aku.. Kredit cepat habis kalo call dia.. Celcom ke Digi tu..."

"Jangan suruh aku call, aku Maxis... hahaha"


Perjalanan diteruskan...


"Wei kereta depan, kau bawak la cepat sikit.. 70 km/j je? Bila nak sampai kalau macam ni.."

"Aku follow belakang Pak Lang la.. Dah dia bawak slow, tak kan aku nak potong lak.."

"Aiseh, aku lupa la dia memang bawak slow.."

"Kereta dia problem ke ?"

"Bukan.. tapi dia memang jenis bawak slow.."

"Adoi.. Kematu bontot aku kalau macam ni.. Patut la dari tadi tak laju-laju.."

"Pak lang ni apa lah.. Kereta baru tapi bawak slow juga.."

"Entahnya.. Pakai kereta Toyota Harrier.. Tapi bawak macam kure-kure.."

"Ooo kau kutuk dia eh.."

"Betul lah.. Tadi dekat rumah atok, siap cakap kereta dia laju macam bawak Ferrari ! Tapi rupanya macam naik Feri.. Slow gila.."

"Aku rasa la kan.. 70 km/j bagi dia kira laju macam Ferari la.. dulu kereta lama dia 60 km/j je ko tau tak.."

"...No komen.. Hahaha.."

"Dia sayang kereta la tu..."


Tiba-tiba ada suara mencelah..


"Err, Pak Lang bukan sayang kereta.. Tapi sayang KELUARGA !!"

"Erk.. dia dengar rupanya.."

"Erk.. Mampos..."

"Hahaha.."


Nasib baiklah Pak Lang Kakkoii sporting orangnya..
Perjalanan diteruskan...


P/s : Bawa kereta perlahan, bukan kerana sayangkan kereta, tapi sayangkan keluarga! 


Jika anda minat entry ini, sila tekan Like dan Share di FB yer..



61 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

yui on September 8, 2011 at 8:44 PM said...

ohhh ingatkan cerita ada exsiden sbb bawak perlahan...

tahniah kpd paklang sbb menjadi pemandu berhemah

Rashidi on September 8, 2011 at 8:45 PM said...

haha...siap ade walkie talkie tu...mmg terbaik... :)

witLURVE on September 8, 2011 at 8:57 PM said...

sangat cute pak lang kakkoii ^^

Unknown on September 8, 2011 at 9:02 PM said...

bagus..jimat pakai walkie talkie.. prepaid pun dah kena tax skang ni.. haha..

sebenarnya tak kisah nak bawak 70km/jam pun..takde lah selo sangat rasanya..cuma kalau kat highway bawak 70km/jam kat lorong paling kanan tu menyusahkan org lain.. hehe..

AzatLazat on September 8, 2011 at 9:12 PM said...

kot mana dia mencelah tu
hahaha

Nadia on September 8, 2011 at 9:28 PM said...

haha..lawak...pak lang sporting ker?

new entry :: 2 Story In 1 ツ

hana on September 8, 2011 at 9:45 PM said...

betol...
paling geram kalau tgk orang yg bawak family tp bawak kete laju yg amat..
xde kesedaran betol..
apa da...

aamalinaazman on September 8, 2011 at 9:59 PM said...

hahhahaa
jimat lagi menjimatkan dismping ingt insan tersyg ye
heeee
entri pononh sarat input ni
heeeee =]

Cik UcHi on September 8, 2011 at 10:29 PM said...

sporting la paklang awak tu..kelakar pon ade...

Anonymous said...

kekekeke...

tapikan,, kadang2 bawa slow ni pun mengundang kepada kejadian2 yang x diingini jugak...

Unknown on September 8, 2011 at 11:24 PM said...

wakakaka hah tu la.ngumpat disiang ari.cakap siang pandang2 dear :P

Ce'gu JAERA on September 9, 2011 at 3:24 AM said...

wakakakaka...... kelakar juga kisah ni... ehehe.. rupanya dalam diam pak lang mendengar juga... ehehe

memang enjoy dlm perjalanan..

Run Away on September 9, 2011 at 4:10 AM said...

hek....nice...kelakar tau...;d

Run Away on September 9, 2011 at 4:10 AM said...

hek....nice...kelakar tau...;d

maszull on September 9, 2011 at 5:30 AM said...

salam...hahaha ingatkn pak lang diam x dengar tapi rupa2nya dengar jugak perbualan kakkoii...

ha lain kali ckp elok2 tau kalau salah ckp tadi kena minta maaf balik la jawapnya...:)

jehanfrhin on September 9, 2011 at 5:38 AM said...

haha.. bagus pak lang ni.. bukan sayang kereta.. tapi sayang keluarga.. terbaikk!!

Unknown on September 9, 2011 at 6:52 AM said...

hahahaha... mmg sbr la pak lang kakkoi ni ... bgus2 ... TERBAEK!!! salam kenal kakkoi ...

Baiz Mamat on September 9, 2011 at 8:34 AM said...

terbaik la korang..siap pakai woki toki lagi ti

Baiz Mamat on September 9, 2011 at 8:35 AM said...

terbaik la korang..siap pakai woki toki lagi ti

Unknown on September 9, 2011 at 9:19 AM said...

salam, suka.....

Unknown on September 9, 2011 at 11:10 AM said...

huhu klakooo kik3x sempoi je entry nih sukeee

alepridz on September 9, 2011 at 11:13 AM said...

haha kantoi...

MizzTina on September 9, 2011 at 5:49 PM said...

akhirnya bersuara juge.. hehe.. btl la apa dia kata tu..

nadia fatihah on September 9, 2011 at 9:08 PM said...

wah siap pakai walkie talkie agi. hahahaha.

kan dah kantoiii ! :p

Lia Irdelia on September 10, 2011 at 4:00 AM said...

dasat.. pakai walkie talkie.. cangggih gitu.. hahhaa

lieynanilaz on September 10, 2011 at 6:56 PM said...

nak bawak slow kena tengok jalanraya gak..kalu jalan sehala satu lane plak..kematu wei yg kat belakang...kalu 80km oklah..hehe..

jerung on September 11, 2011 at 3:35 AM said...

cayalah pak lang.. ;)

yayath on September 11, 2011 at 8:23 PM said...

hahha...suspen je yath baca:)hehe

haliqA on September 12, 2011 at 11:07 PM said...

walkie talkie.. hayyakk~~

Spanar Buruk on September 13, 2011 at 1:03 AM said...

kakkoii,spanar nk letak gmbr kk utk kipas blogger blh tak:..klau tak blh takpe la..

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:28 PM said...

@yui92

wahaha tajuk je gempak... tp isinye lawak hik3

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:29 PM said...

@Eddy Dce

langkah untuk jimat kredit... haha harus dipertimbangkan memandangkan kerajaan nak kenakan tax 6% huahuahua

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:29 PM said...

@witLURVE

cube tgk muke die then baru kate cute atau x haha

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:30 PM said...

@Rai

kalo all the way 70km/j memang leh membosankan...

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:30 PM said...

@AzatLazat

kat walkie talkie laaaa

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:30 PM said...

@Miss Nadya

sporting gile...

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:31 PM said...

@hana

diharap entry ini dapat memberikan kesedaran

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:32 PM said...

@aimie amalina

haha kalo suke share la.. kalo nak copy pun leh... gtau t kk bg via emel

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:32 PM said...

@Cik UcHi

memang sporting abis... n memang pelawak gak kadang2 dlm family kitaorng

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:32 PM said...

@mOoN

contohnya? hehehe *pikir lain dah ni.. haha*

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:33 PM said...

@Fahz

nak pandang mcmane... dalam kete mane nampak haha

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:33 PM said...

@Gen2Merah

a ah... rupe2nye telinga dia sentiasa menskodeng...

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:34 PM said...

@Run Away♥

thx

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:34 PM said...

@Run Away♥

a ah.. kelakar kan? after that selalu la kitaorng jadi bahan usikan paklang tu

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:35 PM said...

@maszull

di hari raya hari kemaafan kami... haha

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:35 PM said...

@jehanfrhin

sematkan dlm hati frasa tu tau..

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:35 PM said...

@sj

yup... die memang sabar + sporting haha..

Salam kenal gak ^^

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:36 PM said...

@Mr.Baiz

woki toki skarang kan murah

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:36 PM said...

@Mr.Baiz

murah dan menjimatkan jika ada..

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:37 PM said...

@Abhamz

abamz memang suka suka kk nye entry kan? hehe

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:38 PM said...

@Sheda Argos ツ

bagus2... kalo suke bg sokongan tau

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:38 PM said...

@alepridz

haha ape nak wat... heheh dia kodeng rupanya

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:38 PM said...

@mizzkechique

yup, memang kebenaran yang takperlu disuluh2

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:39 PM said...

@nadia fatihah

haha terkena kitaorng time tu

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:39 PM said...

@Lia Irdelia

hehe kita mesti mempergunakan kecanggihan yang ada... bukan kecanggihan yang mempergunakan kita taw~~

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:40 PM said...

@lieynanilaz

haha memang kematu....... kalo 80 pun kematu gak!!!

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:40 PM said...

@jerung

nak kk mintakkan autograf die ke?

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:41 PM said...

@yayath

kene suspen baru best kan kan kan?

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:41 PM said...

@haliqA hanimkuM

haha hayaaak~!

Kakkoii on September 13, 2011 at 8:41 PM said...

@Spanar Buruk

x bleh.. bio low profile aje heheh

Aizat Chik Suliman on September 27, 2011 at 3:11 AM said...

kahkahkah... last skali kne sound sporting... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011