Adakalanya cucuk sana sini tak elok untuk kesihatan! |
Entry WW dari Kakkoii semalam ada meminta para Kakkoiis untuk meneka umur gadis di dalam gambar tersebut kan? (Sila rujuk sini jika ketinggalan) Sebenarnya, ia ada kaitan dengan tajuk entry Kakkoii pada kali ini..
Ceritanya begini..
"Beb, cuba kau tengok gambar budak ni.."
"Huiyoo.. Lawanye.. Budak mana ni?"
"Ada lah.. haha. Kau rasa umur dia berapa?"
"Budak ni mesti 21 tahun!"
"Hah? 21 tahun?"
"A ah.. Kenapa? Umur dia berapa?"
"Haa sekejap, cuba kau panggil Jai. Kita suruh dia teka pulak.."
"Woi Jai.. Kau mai sini sekejap!"
"Ape woi woi.. bodoh! Cuba panggil elok-elok sikit.."
"Rileks la bro.."
"Ha, kau nak apa?"
"Jai, mai sini kau tengok gambar awek ni."
"Huk aloh! Comelnya... Siapa ni?"
"Member..."
"Umur?"
"Kau teka?"
"Awek gini... Ada dalam 23 rasanya.."
"23 tahun eh... Cuba kau panggil Zul sekejap.."
"ZUL !!!!!!!!!!"
"Woi! Cakap aku panggil tak elok.. Kau panggil lagi buruk tau tak!!"
"Apa jerit-jerit ni! Aku nak berak pun tak senang!"
"Alaa.. Kau sambung berak sekejap lagi. Ada gambar awek cun ni!"
"Yer lah.. Yer lah.. Sekejap lah..."
"Ape kecoh-kecoh ni?"
"Ha Man.. Kau tengok gambar ni sekejap."
"Gambar lucah aku tak nak tengok.. Aku ada air sembahyang.. Nanti batal!"
"Bukan lah.. Nak mintak kau teka je..."
"Mana? Mana?"
"Ni ha.."
"Huh, Neelofa!"
"Hahaha.. Cuba kau teka umur dia?"
"18 tahun!"
"Oooo... Weh Man, kau nak pergi mana tu?"
"Nak ambil air sembahyang balik lah mangkuk! Dah batal! Aku nak sembahyang kau tunjuk gambar Neelofa pada aku buat apa!"
"Mana la aku tau kau boleh terbatal air sembahyang, mangkuk!"
"Ha, siapa jerit nama aku tadi?"
"Zul, cuba kau tengok gambar budak ni.."
"Ooo.. Dia ni aku kenal.. Budak U kita kan?"
"A ah lah.. Aku pun rasa budak U kita ni!"
"Umur dia?"
"Aku rasa dia punya umur mesti 21 tahun.."
"21 tahun? Hahaha..."
"Kenapa kau gelak?"
"Entah kau ni. Awek kau ke ni?"
"Bukan awek aku lah... Aku gelak sebab korang teka umur dia tadi.."
"Kenapa dengan umur dia? Jangan-jangan 30 tahun?"
"Kenapa 30 tahun pulak?"
"Yer lah.. Kan pakai make-up untuk nampak muda.."
"Salah... Yang ni pakai make-up untuk nampak tua.."
"Hah? maksud kau?"
"Dia ni umur baru 13 tahun je...."
"Hah... 13 tahun?"
"Woi, Neelofa tadi umur 13 tahun?"
"Aik, tiba-tiba je kau muncul.. Dah angkat air sembahyang ke? A ah umur dia 13 tahun.."
"Baru je lepas ambil air sembahyang ni.. Muka Neelofa macam tu baru 13 tahun? Dah besar nanti-nanti mesti macam Siti Nurhaliza kan?"
"Lawa lagi kot..."
"...Lawa lagi....."
"Wei kenapa kau masuk balik bilik air?"
"Angkat air sembahyang... batal lagi!"
"Erk!"
Dah menjawab persoalan di WW yang lepas.. ^_^ |
P/s : Budak zaman sekarang....
12 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
heh ini bukan sebab mekap nih. sebab gaya dia dalam gambar ni yg tak gaya macam budak form 1.
hmm. btw dia ni islam ke? macam pakai uniform skirt tu je?
aku, tak kira muda atau tua, aku tetap pangil diorang 'kak' haha..
x de macam pakai mekap pn..
mungkin muka dan gaya pemakaian nye macam matang kot..
=D
@Siti Safiyyah
haha gambar dia yg atas tu memang mekap halus je.. ada lg yg mekap betul tp cukup lah sekadar itu..
Islam :)
@KertasWarnaMerah
Kalau nenek kau panggil kak?
@hana
The point is, remaja kita sudah pandai bergaya.. padahal muda lagi ^^
kalau umo 13 nmpak mcm 25.. kalau umo 25 kompom nmpk mcm 50 hahahaha
pehh
sipi lagi
semlm teka umur 12
hehehehe
dh agak dah...
Apa lah korang ni T____T 13tahun kata 25 Arrrrrr
pandai je ko cakap die gune make up kan dan dan hahahah,tajuk entri sangat menusuk kalbu la wei hahahahahaha .
kiah wilcha
@Siti Safiyyah
Nama dia Athirah
Post a Comment