Asal Usul Ikan Ayam

2012-01-31
Inilah dia Ikan Ayam


Ikan ayam..
Sejenis ikan yang sedap dagingnya apabila dimasak sup.
Kenapa ia dipanggil Ikan Ayam?
Kerana tekstur dagingnya seperti ayam apabila dimasak!
Peristiwa ini berlaku tidak lama dahulu...


"Mak, ini ayam apa?"

"Kenapa?"

"Dagingnya macam ayam tapi tulangnya macam ikan"

"Itu ikan lah..."

"Hah ikan?"

"A ah.. Ikan Ayam..."

"Macamana lah boleh dapat nama ni.."

"Dah rasanya macam ayam.. Orang panggillah Ikan Ayam."

"Macamana agaknya ikan ni boleh wujud eh?"

"Ooo.. Kalau ikut cerita orang dulu-dulu, ada seekor ayam jantan terjatuh dalam sungai.."

"Hah?"

"Lepas tu, ada seekor ikan betina selamatkan dia.."

"......"

"Ikan tu bawa balik ayam ke rumah, bagi rawatan sampai ayam tu sihat semula.."

"Lepas tu?"

"Lepas tu, ayam jatuh cinta pada ikan tu... Mereka pun kahwin.. Anak-anak mereka tu yang jadi ikan ayam.."

"Oooo"


Tidak lama selepas itu Kakkoii pulang ke kampung...
Nenek pun masak ikan yang sama..
Kali ini adik saudara pula yang bertanya asal-usul ikan tu...


"Macamana asal-usul ikan ni?"

"Ooo ikan tu, ikut cerita orang tua-tua, ada seekor ayam jantan...."


Kakkoii pun menceritakan kembali seperti yang pernah diceritakan oleh mak..
Di akhir cerita, adik saudara berkata...


"Ini cerita paling bodoh pernah adik dengar... Hahaha!"

"Erk..."


Budak zaman sekarang sudah pandai....

P/s : Sebenarnya Kakkoii terima aje bulat-bulat apa yang diceritakan Mak kerana mengingatkan ia cerita lagenda.. Rupa-rupanya Mak ngencing Kakkoii!



11 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

The Everyting In My Life on January 31, 2012 at 6:44 PM said...

hehehe....za penah dgr mak ng ayah cita sal ni....dorang pggil ikan ayam... :) tp sedap masak stim tau kak koi...

Admin on January 31, 2012 at 6:47 PM said...

bakar pun sedap dowh hahaha

Anonymous said...

hahahaa...adooiii..lawak la tp sye tak pnah jmpe la plak ikan ni...:)

MizzTina on January 31, 2012 at 8:57 PM said...

hahhaa..apa punye citer daaa..


sedap gak klu msk asam pedas!!!

Anonymous said...

hahah. tak pernah pulak mak fa gtawu asal usul ikan nih :fuh

maszull on January 31, 2012 at 10:28 PM said...

assalamualaikum Kakkoii....cerita tipu la ni hehehhee...:)

C i k P i p i T e m b a m on January 31, 2012 at 11:31 PM said...

hahahaha. siot je, penah dengar... mcm sedap je.

Anonymous said...

hehehee...sian kakkoi kan. first time tau sal ikan ni. =)

cik bulan on February 1, 2012 at 12:15 AM said...

siot a kene tipu..haha..:P

Unknown on February 1, 2012 at 9:19 AM said...

kahkahkah terkono ekau!!

Anonymous said...

Kenapa eh tulisan warna kuning? Pedih nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011