Produk Lazim - setiap orang pasti ada |
Apa itu produk lazim?
Peristiwa ini berlaku ketika Kakkoii bertandang ke rumah Mak Long...
"Ha, Kakkoii minum lah air Ribena ni.. Kang ais dah cair tak sedap pulak.."
"Waah.. Ribena. Lama tak minum air ni.."
Kakkoii pun meminumnya.. Tetapi..
"Kenapa Ribena mak long ni rasa lain?"
"Rasa apa?"
"Manis.."
"Ha.. Betul lah tu."
"Bukan Ribena masam ke?"
"Ooo yang tu Ribena anggur.. yang ni Ribena strawberi.."
"Aik? Sejak bila Ribena ada perasa strawberi pulak?"
"Dah lama dah ada... Ish kamu ni. Out to date betul!"
"Ooo yeke.. Haha"
"Dah telanjur kamu datang ni.. Boleh tolong mak long pergi kedai?"
"Boleh aje.. Mak long nak beli apa?"
"Mak long nak beli megi dengan Ridsect.. Nak bagi Ita (Anak mak long) bawak balik asrama petang nanti.. Kalau nak tunggu Pak long kau, lambat lagi dia balik."
"Yang tu aje? Lain ada?"
"Haa.. Yang tu aje.. Megi kasi Megi kari tau."
Kakkoii pun berlalu ke kedai..
Tidak lama selepas itu..
"Assalammualikum.."
"Waalaikummussalam... Dah beli dah?"
"Dah ini dia.. Megi kari dengan Ridsect"
"Laa.. Bukan yang ni.."
"Hah, dah tu yang mana?"
"Megi tu yang dari Indon punya.. Megi yang ni tak sedap.."
"Megi dari Indon?"
"Aah.. Yang Ridsect pulak warnanya biru.. Yang ni merah.."
"Biru? Bila masa pula Ridsect botol dia biru?"
Tiba-tiba Ita mencelah...
"Abang Kakkoii ni... Macam lah tak kenal Mak Long.."
"Kenapa?"
"Semua mee segera dia panggil Megi.. Yang dia maksudkan tu, Indomee.."
"Laa yeke?"
"A ah.. Semua jenis ubat nyamuk dia panggil Ridsect.. Dia selalu guna Shieldtox!"
"Hah.. Salah la ni.."
"Salah lah haha.. Lagi satu, semua air kordial dia panggil Ribena!"
"Pulak.. Dah tu Ribena tadi?"
"Itu bukan Ribena.. Itu Sirap!"
"Erk.."
Susah bila berhadapan dengan orang yang mempunyai produk lazim ni..
P/s : Anda ada produk lazim tak?
11 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
samee Lah..kaLau mak CG tak boLeh nak gi beLi barang dapur, kompom dia List siap jenama..contoh, biskut (TIGER), kicap (manis,KIPAS UDANG), tepung gandum (cap satu mesia punya) standard Lah tuh...nanti mesti keturun kat anak2 =)
assalamualaikum Kakkoii...kekadang tu mmg ada yg mcm ni ikut brand dan mama pun ada juga terjadi mcm tu tapi kalau dah x ada bantai jer...:)
hahaha..
biasa la tu..
contoh macam soh beli pampers..
tp nak jenama mamy poko..
pampers tu kan satu jenama..
hahaha
haha sama la org tua2 kampung mesti cakap suh beli colgate padahal suh beli ubat gigi hehe
fyka pun sama. mesti nak makan megi pama < tetibe. kekekeke
sama mcm pampers jgk kan...lg ape ek..,.
hehe , nice entri .. produk lazim cekelat kot .. wlaupun bkn perisa coklat tetap pnggil bnd tu coklat :)
yang penting halal produk itu..
hahaha, kan? mesti macam 2, huhuhu
kelakarlah entri nieyh, thanx make me laugh :P
hahahaha...kelakar lah entri ni... tapi kalau RD ada kat tempat anda mesti RD pening kepala...
Wynn Casino & Resort in Las Vegas, NV - MapYRO
Find 서귀포 출장샵 Wynn Casino & Resort, Las 여주 출장마사지 Vegas, NV, United States, real-time prices, reviews of real Vegas-style casino 논산 출장안마 games and tips, 김해 출장샵 only at MapYRO. 충청북도 출장마사지
Post a Comment