Bahaya ubat kepada kanak-kanak!

2012-01-28
Ubat yang bewarna warni sebenarnya merbahaya kepada kanak-kakak!


Peristiwa ini berlaku tidak lama dahulu ketika Kakkoii pulang bercuti di kampung..


"Kakkoii, ubat nyamuk dah habis.. Tolong nenek beli dekat kedai ye.."

"Boleh nek, nak ubat nyamuk yang macamana?"

"Ala, kau bawak si adik ni.. Dia tahu lah yang jenis apa nenek selalu beli.."


Sambil menunjuk kepada adik saudara Kakkoii...


"Ha, adik jom ikut abang Kakkoii!"

"Boleh, boleh, boleh... Tapi adik nak gula-gula.."

"Kalau sebiji boleh lah.. jom!"

"Eleh.. gula-gula 10 sen dapat dua pun kedekut nak bagi sebiji aje..!"

"Haha ye lah.. ye lah.. nanti abang Kakkoii belanja 50 sen!"

"Haa macam tu lah.. jom!"


Dalam perjalanan ke kedai..


"Abang, kalau kita sakit... Kita buat apa?"

"Jumpa doktor lah.. Kenapa? adik sakit ke?"

"Eh, tak lah.. Adik tak sakit.. Tanya je. Kalau jumpa doktor, dia bagi apa?"

"Dia bagi ubat lah..."

"Ooo ubat tu untuk orang sakit ye?"

"A ah.."

"Kalau kucing sakit?"

"Hantar lah ke doktor haiwan.. Nanti dia bagi ubat juga.."

"Oooo.. Binatang kalau sakit pun kena makan ubat?"

"Yer.. Semua kalau sakit kena makan ubat.. Kalau tak ada ubat tak boleh baik.."

"Tapi kenapa ada yang mati bila makan ubat?"

"Eh, mana boleh mati kalau makan ubat?"

"Boleh.. Adik dah tengok ramai yang mati bila makan ubat tau!"

"Dia salah makan ubat la tu rasanya.. Tapi takkan la ramai yang salah makan ubat.."

"Ubat tak salah.. Memang untuk dia ubat tu.. Tapi ramai yang mati!"

"Ubat apa?"

"Ubat nyamuk! Semua nyamuk yang makan ubat tu mati!"

"Hah.... Erk!"


Kakkoii terus terdiam tak tahu bagaimana nak terangkan...

P/s : Tak tahu lah samada ini kejujuran atau loyar buruk....Budak-budak semakin bijak...


6 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

hana on January 28, 2012 at 8:14 PM said...

hahahahaha..
lawak seh...
bole die pk macam tu..

Paris Lipton on January 28, 2012 at 8:25 PM said...

kahkah kah kan dh terkono.. kim slm adik~

ZWAN SABRI on January 28, 2012 at 10:24 PM said...

HAHA..
Pandainyeeeeeee.... :)

nur ika on January 28, 2012 at 10:54 PM said...

hehe..bdak2 ni..^,^

Phat on January 29, 2012 at 5:00 PM said...

tp ada jugak ubat nyamuk x leh bunuh nyamuk cuma halau je huhu

Bulat on January 30, 2012 at 10:48 PM said...

ok dah follow...mane tau boring2 bley dtg sini lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011