Pemakaian gigi palsu membawa padah kepada diri

2012-01-28
Gigi palsu itu bahaya?


Beberapa tahun yang lepas, Kakkoii pergi bercuti di luar negara bersama keluarga. Makcik Kakkoii turut pergi bersama..

Makcik Kakkoii ni jenis yang mudah mabuk apabila menaiki sebarang jenis kenderaan.
Peristiwa ini berlaku ketika Kakkoii dalam perjalanan pulang dari bercuti..

Di dalam kapal terbang, kedengaran pengumuman kapal terbang akan mendarat tidak lama lagi.. Dan makcik Kakkoii berkata..


"Alamak Kakkoii, makcik nak ke tandas!"

"Eh, mana boleh.. lampu seat belt dah pasang, kita tak boleh bangun..!"

"Tak tahan ni!"

"Tahan sikit lah.. Dah mendarat nanti baru lah buang air.."

"Bukan buang air.. Kepala mabuk! Nak muntah!"

"Ish.. Tak boleh pergi tandas.."


Sambil mencapai paper bag yang disediakan di tempat duduk penumpang..


"Nah, muntah dalam ni!"

"Wueeeeeeeek!!!"


Makcik muntah sepuas-puasnya..
Selepas kapal terbang mendarat..


"Eee Kakkoii nak muntah lah pulak.. Yuck!"

"Ah kau ni mengada-ngada betul!"

"Hehe.. Eh makcik... Tinggalkan aje lah paper bag tu.. Nanti ada orang buangkan.."

"Ish, tak boleh..."

"Lah... nak angkut buat apa? Geli kot!"

"Tak boleh tinggal ni!"

"Kenapa pulak? Nanti mereka akan buangkan lah.. Tinggalkan aje!"

"Tak boleh.....Benda ni tak boleh buang!"

"Ish, takkan nak simpan buat pekasam!"

"Pekasam apa benda pulak! Gigi palsu aku tertanggal dalam ni!!"

"Erk!!"


Sejak itu Kakkoii geli bila dia nak cium pipi Kakkoii... Haha

P/s : Siapa yang pakai gigi palsu, silalah pakai "POLIDENT"!!


3 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

SR said...

hahaha..ingatkan apa tadi..rupanya gigi palsu tertanggal..

hana on January 28, 2012 at 7:21 AM said...

hahaha
lawak2...
rasa nak muntah kalau tgk muntah orng...

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr on January 28, 2012 at 8:43 AM said...

hahaha..mcm lawak plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011