Kisah benar : Budak umur 7 tahun minta raba!

2012-02-02
Gambar ini tiada kena-mengena dengan cerita ini


Kisah ini berlaku tidak lama dahulu..

Pada waktu itu, Kakkoii berada di kampung..
Pada suatu petang, Kakkoii meluangkan masa menemani adik saudara membuat kerja sekolahnya.


"Adik buat apa tu?"

"Tengah buat matematik.."

"Alah.. Senang aje.. Nak abang Kakkoii tolong?"

"Tak payah.. Abang duduk sebelah diam-diam tengok adik buat!"

"Ok... Abang duduk sebelah ni.. Nanti tak faham boleh tanya"

"Tak payah.. Senang aje ni.."


Tidak lama selepas itu..
Tiba-tiba..


"Abang Kakkoii, adik nak raba boleh?"

"Hah!?"

"Adik nak mintak raba!"

"Ish.. Mana boleh!"

"Eh? Kedekut! Raba adik punya lah!"

"Eeee geli! Tak nak.. Tak nak!"

"Raba pun geli? Harap aje belajar tinggi tapi raba pun geli."

"Mesti lah... Tak elok tau buat tu.."

"Nak raba pun tak elok ke!"

"Yer lah.."

"Dah tu kalau salah, nak raba macamana!"

"Hah?"

"Mintak raba lah!!!"

"Tak boleh!!!!"

"Raba!!"

"Tak boleeeeh!!"

"Biar adik ambil sendiri lah! Tepi sikit!"


Lalu dia pun mengambil pemadam di dalam beg yang terletak di sebelah Kakkoii..

Ini gara-gara terikut perangai nenek lah ni!

P/s : Nenek Kakkoii memanggil pemadam sebagai Raba.... aka Rubber.. Orang tua-tua sekarang pun pandai cakap broken English kan?


16 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

hana on February 2, 2012 at 7:56 PM said...

dah agak dh..
tp kakkoi je lebe2...
hahahhaa...
=D

Nadia Yusoff on February 2, 2012 at 8:50 PM said...

Dah agak jugak. Hehehee....

Awan Nano on February 2, 2012 at 8:55 PM said...

pe daa..ahaha

maszull on February 2, 2012 at 9:37 PM said...

assalamualaikum kakkoii...hahahaha kiranya salah tafsiran la ni...:)

Nuruashia on February 2, 2012 at 10:39 PM said...

dah agak da..raba tu pmadam ahahah..

Siti Safiyyah on February 2, 2012 at 11:41 PM said...

kihkihkih.. eh jap, raba tu pemadam dalam loghat pantai timur kan? ke tempat lain pun guna perkataan yg sama jugak?

| CIKZEK | on February 2, 2012 at 11:57 PM said...

abg tu yg imaginasi tggi. hahahaha :D

Suhaidah Tahar on February 3, 2012 at 4:48 AM said...

' haha , entry yang mule2 membuat kan sue tergamam , pelik , bukak sekecil itu dha pandai tuh sume , rupenye pemadam , aihh , kakkoii kakkoii .

:))

Suhaidah Tahar on February 3, 2012 at 4:49 AM said...

' haha , entry yang mule2 membuat kan sue tergamam , pelik , bukak sekecil itu dha pandai tuh sume , rupenye pemadam , aihh , kakkoii kakkoii .

:))

tieha ismail on February 3, 2012 at 6:33 PM said...

aduih...wat suspen aje....

Anonymous said...

gua ingt betol2 nak rabe.. hahaha

kiah wilcha

Kejora on March 2, 2012 at 5:42 AM said...

salam...

betul2 suspen 18xx cerita niehhh..

kelakar betul..

memang sy masa kecik2 dulu panggil pemadam raba gakk...kihkihkih

Aliff Haikal on June 25, 2012 at 9:12 AM said...

KAKAKAKAKAHHH dah agak dah sebab bila kita baca RABA kita akan sebut RABE :p

jick on May 8, 2014 at 4:18 AM said...

Tak lucu pun...

Health Yatra on February 3, 2018 at 5:05 AM said...

That is great to hear, thank you for reading!

Diseases and Conditions on March 21, 2018 at 4:15 AM said...

That is great to hear, thank you for reading!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011