Sekadar gambar hiasan |
Peristiwa ini berlaku ketika Kakkoii sedang di dalam minggu peperiksaan akhir..
Pada waktu tengahari,
Kakkoii baru sahaja keluar dari sebuah kedai runcit.
Kelihatan sebuah kereta proton terbakar tidak jauh dari kedai tersebut.
Seorang perempuan muda berlari keluar dan menuju ke arah kedai runcit..
"Tolong saya.. Tolong saya.. Kereta saya terbakar!"
"Hah, kereta lu terbakar ka...? Mana itu kereta terbakar?"
"Depan simpang situ... Lu ada pemadam api tak?"
"Simpang mana?"
"Sana depan!"
"Sudah habis bakar kah?"
"Belum!! Saya mahu padam itu api! Lu ada pemadam api tak?"
"Wa ada.. Lu ambil sana belakang!"
"Mana?"
"Sana belakang... Tepi pintu ada satu.."
"Tauke, lu tolong ambil lah.. Saya tak tahu guna!"
"Aiya, mana itu kereta?"
"Depan sana!"
"Wa pergi tengok..."
"Apek, mana pemadam api?"
"Pergi lu punya kereta dulu.. Nanti sudah abis bakar ma.."
"Bawa la pemadam api..!"
Apek tersebut berlari pergi ke kereta perempuan tersebut..
Kelihatan ramai orang sedang berkerumun melihat peristiwa yang jarang berlaku itu..
"Aiya, tepi... Tepi! Kasi wa lalu!"
"Tepi sikit bang, kereta saya tu.. Apek ni nak padamkan api!"
"Aiyaa lu orang kasi tepi lah!"
"Apek mau padam macamana?"
"Tak nampak lah! Kasi tepi semua orang!"
"Tak nampak apa?"
"Lu punya nombor lah!"
"Kenapa dengan saya punya nombor?"
"Ong maaa..."
"Woi apek, saya punya kereta sudah bakar lagi lu kata ong!!"
"Aiyaa.. Ambil itu nombor wa mau beli itu ekor dulu! Ini kali mesti ong punya! Sikalang lu boleh kasi padam itu api.."
"Macamana saya mahu padam?"
"Aiyaa.. Mana itu pemadam? Wa sudah suruh lu angkat ma!"
"Erk..."
Bila berlaku peristiwa ini di depan mata, baru Kakkoii sedar bahawa rakyat Malaysia ini ramai yang pentingkan diri sendiri... Tiada seorang pun yang membantu perempuan itu memadamkan api..
P/s : Termasuklah Kakkoii.. Amat memberi kesedaran apabila difikirkan kembali..
7 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
kalau saye kt tempat girl tu mesti cemas sgt..
dan yg pasti sakit hati sbb sume wat tak tahu je..
assalamualaikum Kakkoii...yer la perempuan tu x ditolong lain plak yg dibuatnya...:)
baiklah rojak anggap ini kisah sebenar yang terjadi. rakyat malaysia kebanyakannya memang suka main nombor ekor, ini realiti bukan fantasi
suka main kuda eh apek nie . :)
kiah wilcha
kecewa dengar ~
-.-
bukan la ramai kakkoi, adat orang malaysia. Always meeting but then nothing . :D
Ish Ish kakoiii :p
Post a Comment