Auratnya Terdedah

2012-06-25


Seperti yang diceritakan oleh rakan Kakkoii..

Pada suatu hari, rakan Kakkoii keluar untuk bermain futsal..
Apabila sedang menunggu rakannya di bus stop, datang seorang gadis muda berpakaian seksi.

Dengan penuh perasaan dia berkata kepada gadis tersebut..


"Err... Sorry cik. Boleh tanya sikit?"

"Ye? .. Kenapa?"

"Owh.. Bukan apa. Saya ni nak nasihat sikit. Sesama saudara Islam lah.."

"Nasihat apa?"

"Nak nasihatkan kita sebagai orang Islam, aurat kena jaga cik.. Tak elok kita dedahkan.."

"Oh yeke? Sorry lah, I tak tahu pula aurat wanita ni.."

"Ha?"

"Sebab I bukan Islam..."

"Eh, yeke... err.. alamak.."


Untuk cover malu, dia pun berkata..


"Tapi sebagai perempuan, tak elok berpakaian seksi.. Sekarang banyak kes rogol. Bahaya.."

"Oh, terima kasih ye bagi peringatan.."

"Sama-sama, kita kan satu Malaysia.. Nasib saya ni tak jahat."

"Hehe you ni sweet lah.."

"Eh mana ada.."

"You cakap pasal aurat tadi, aurat untuk lelaki ada tak?"

"Ada.. Aurat lelaki dari pusatnya ke lutunya.."

"Kena tutup?"

"Ya.."

"Kalau tak tutup?"

"Dosa.."

"I nak tanya sikit.. Boleh?"

"Err... Ye boleh. Tanya apa?"

"I tengok you pakai seluar pendek atas paras lutut, kenapa?"

"Owh, saya nak pergi main futsal.. Selesa sikit."

"You tak takut dosa ke?"

"Err..."

"Tak takut kena rogol ke?"

"Mana ada perempuan rogol lelaki... Haha."

"Haha.. lelaki pun ada kena rogol lah.."

"Ha?"

"Maaf la lelaki pun kena tutup aurat ye sayang... Tak takut kene liwat ke sayang...."

"Erk.."


P/s :- Pesanan kepada wanita, jika kekasih kamu tak tutup aurat, katakanlah "Abang teruna jaga aurat .. Kalau tak saya naik kan hantaran ye"..



9 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Phat on June 25, 2012 at 8:40 PM said...

aku x takut kena rogol kena liwat aku takut

Kakkoii on June 25, 2012 at 8:44 PM said...

@Phat

Kalo takut kene liwat jgn pakai seksi2 ye cik abang haha

Pn. Sheila@CC on June 25, 2012 at 9:20 PM said...

hehe... so, sama2 jd aurat msg2...

Kakkoii on June 26, 2012 at 1:56 AM said...

@Pn. Sheila@CC

tau x pe

Anonymous said...

Haha .gua guling guling kejap hee

Kw

Kakkoii on June 26, 2012 at 6:02 PM said...

@Anonymous

ko memang suka guling2 kan? haha

maszull on June 27, 2012 at 3:20 AM said...

assalamualaikum kakkoii....hehehehe mcm2 je kan dah kena balik...:)

Kakkoii on June 27, 2012 at 7:45 AM said...

@maszull

wassalam... tau x pe hahaha. kk mmg tergelak sakan time tu

Anonymous said...

Gua guling guling nmpak comel ok hahha

Kw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011