-: Adakalanya bergurau membawa padah :- |
Berkata tentang jamuan perpisahan, Kakkoii teringat semasa sekolah dahulu..
Seorang rakan sekelas kami ingin berpindah, maka satu jamuan perpisahan dirancang. Perancangan dilakukan dalam diam-diam konon-nya nak bagi kejutan..
Pada hari yang dirancang...
"Ok guys, aku dah order KFC. Sekejap lagi mak aku hantar."
"Woaa kau memang hebat la Din... Sponsor ke?"
"Banyak cantik muka kau, apa sponsor? Kau ingat bapak aku tokey balak?"
"Haha gurau je la ngok.. Berapa kitaorang kena bayar nanti?"
"Aku beli 2 bucket.. Cukup satu kelas melantak! Korang collect sorang 3 ringgit je.."
"Aik? Macam lebih je..."
"Yang lebih kira upah aku je la..."
"Huh, kau memang pandai ambil kesempatan!"
Sebelum waktu rehat, KFC yang dipesan sampai.. Dengan kerjasama guru kelas, KFC tersebut dapat disorokkan di dalam bilik guru.
Semasa waktu rehat, Kakkoii ditugaskan membawa rakan tersebut ke bilik aktiviti pelajar tempat jamuan dilakukan...
"Madi, kau nak pindah bila?"
"Minggu ni aku last lah.. Next week dah pindah dah..."
"Ooo.. Kau ni pindahlah lambat sikit.. Tak ada lah kitaorang bosan."
"Mana boleh, bapak aku kena pindah kerja.. Kalau tak, aku pun tak nak pindah."
"Oooo patut la... Wei tolong aku angkat buku sekejap. Cikgu suruh ajak member tolong lah."
"Orait..."
Setibanya di bilik aktiviti..
"SUPRISE!!!!"
"Hah, apa ni... Apa ni...!?"
"Haha, ni jamuan farewell untuk kau lah!"
"Alamak terharunya aku..."
"Ha jangan diri lagi.. Pergi duduk situ..!"
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Pergi duduk..!"
"Err... Tapi..."
"Duduk! Duduk!! Kau jangan nak lari pulak.. KFC ni si Din beli."
"Err..."
"Penat mak dia hantar kau nak lari pulak ke?"
"Errr..."
"Wei, lupa.. Sebelum kau makan, kau kena la bagi ucapan sikit..."
Dengan nada serba salah Madi bangun dan memberikan ucapannya...
"Seriously aku memang terharu dengan suprise korang ni... Segan pun ada.."
"Haha tak payah segan, kita kan kawan.."
"Tapi aku nak bagitahu yang aku PUASA hari ini.."
"Erk..."
Semua terus diam tak tahu nak kata apa...
P/s :- After that, jika nak buat suprise kena fikir dua tiga kali dulu haha..
16 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
tapau bawak balik rumah je la :)
@cik AF
nak tapau apanya.. semua kena balun dah..
haha, takpa.. takpa.. tapau tok bbuka naaa
hormat kawan, bbuka je lah..
hormat kawan, bbuka je lah..
hormat kawan, bbuka je lah..
assalamualaikum kakkoii....yer la simpan bawa balik boleh makan masa berbuka nanti...:)
hahahaha...aya allah..kan dh kena.hahahaha..sbr je la :) puasa pulak dah
dalam banyak2 ari, ari tu jugaklah dia nak puasa. hahaha
@Ana Farhana
tapau? x smpt... dah habis. haha
@wafiy suzly
x smpai hti nk suruh dia buang pahala...huhu
@maszull
wassalam... x sempat simpan haha
@Za Noh
haha time x sesuai
@Siti Safiyyah
tau x pe.... hahaha
haha..apa nak buat kalo situasi mcm tu..boleh tangguh sampai bukak puasa. takde masalah kot. kalo puasa sunat, nak bukak puasa time tu jugak pon tak jadi masalahnya..:D
Assalamualaikum...
hee.."surprise" yg menjadi sgt...cite ttg jamuan..teringat pula.. kwn ct belanja makan burger..sbb dia dpt result baik..
Post a Comment