Seperti yang diceritakan oleh rakan Kakkoii..
Rakan Kakkoii, seorang perempuan, pergi bertandang ke rumah rakannya di sebuah negeri di Selatan tanah air..
Dia tiba pada waktu tengahari dan disambut mesra oleh rakan serta ayahnya..
Disebabkan ayah rakannya seorang yang kuat berpolitik, maka topik perbincangan semuanya politik..
"Ha, anak ni gerak dari Melaka pukul berapa?"
"Saya gerak tadi pukul 9 pagi.. Sampai je terus datang sini.."
"Ooo.. Macamana dekat Melaka?"
"Err.. Macamana apa?"
"Biru dengan Hijau lah.. Pakcik target hijau menang besar PRU nanti!"
"Err.. Ye ke.. Hehe.."
"Hah, kamu sokong mana?"
"Saya? Ermm saya tak tahu lagi lah pakcik.."
"Hah, mana boleh main tak tau! Ini masa depan kita.. Masa depan negara..!"
"Err.. Ye ke.. Pakcik pula sokong mana?"
"Eh, mestilah hijau!"
"Kenapa?"
"Kenapa? Kita orang Islam mesti sokong hijau. Dia bawak kita jadi baik.."
"Jadi baik?"
"Ye lah... Tengok sekarang banyak kes pecah rumah, ragut, rogol, sumbang mahram.. Tu semua sebab pemerintah biru terlampau lemah! Tak nak amalkan ikut landasan agama.. Tengok apa dah jadi.."
"Err.. Ye ke.."
"Iyee... Kalau tak percaya, tu tengok dekat TV, hari-hari ada berita jenayah.. Kalau ikut hijau, dia didik kita jadi manusia baik, orang baik-baik.. Mesti tak jadi kes-kes macam ni!"
"Ooo.."
"So, pakcik ikut hijau ni sebab macam ni lah.. Kita boleh jadi baik tahu! Sokong hijau, demi keselamatan kamu juga nanti..!"
Rakan Kakkoii berdiam diri tak tahu nak cakap apa..
Tiba-tiba rakannya berkata..
"Ayah, hari ni Jumaat.. Tak pergi sembahyang ke?"
"Eh, Jumaat ke? Pukul berapa?"
"Dah pukul 1 dah!"
"Alaa.... Tak pe, hari ni ayah cuti!"
"Erk..."
Macamana jenayah nak kurang jika diri sendiri tak nak ubah?
Sendiri fikir lah semua pembaca yang budiman..
P/s :- Terkedu Kakkoii dengar, Politik bukan main sokong yang baik-baik, tetapi diri sendiri tak baik.. Nanti di akhirat kelak akan ditanya Jumaat-nya di mana!
10 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
molek la perangai org tua neh. hha
no komen. individu.
leh plak cuti2 hahaha
aku tak heran kerana hijau dari dulu kerjanya mengkafirkan org, klu org yang dituduh tu masih islam maka tuduhan itu akan kembali kepada mereka semula. aku tak pernah dengar fatwa sesat tu hijau tarik balik. la ni undi hijau masuk syurga, maka munafik lah bagi mereka yang berpegang kepada fatwa sesat ini, nauzubillah
assalamualaikum Kakkoii....susah juga kan kalau jadi ahli politik ni mcm2 hal kena jaga diri sendiri pun kena jaga jugakan...:)
@wafiy suzly
tau x pe.. hahha
@cik AF
alaa.. komen laaa
@Phat
die agak nanti kat akhirat die dpt cuti gak kot
@Anonymous
hmm.... no komen
@maszull
pembetulan.. die bukan ahli politik tapi fanatik politik.. Wassalam
Post a Comment