Apa Maksudnya Jumaat?

2012-07-10
Tidak ada kena mengena dengan cerita ini

Kakkoii sedang melakukan latihan industri di salah sebuah syarikat konsultan.. Ditugaskan untuk memantau kerja-kerja penanaman cerucuk di sebuah projek..

Pada hari jumaat yang lepas..


"Tauke, sudah jam 12 ni. Time rehat... Aku mau pergi sembahyang Jumaat."

"Ooo ok bos. Nanti masuk jam berapa?"

"Biasa kalau Jumaat jam 2.30 petang macam tu masuk balik lah."

"Ooo tak ada orang jaga lah jam 1 petang nanti?"

"You kalau mau ketuk jam 1, you panggil orang pantau ini tempat. Nanti aku masuk aku kasi check balik."

"Ooo ok lah kalau macam tu. Mari I hantar you turun.."


Disebabkan tapak tersebut terletak di atas bukit, maka kontraktor terpaksa mengambil dan menghantar Kakkoii (Kes tak nak kereta tersangkut dekat tanah lah ni..)

Dalam perjalanan turun, kami berselisih dengan pekerja yang juga sedang turun untuk berehat..


"Alo Mat.. Lu orang ada pergi sembahyang tak?"

"Tak ada bos!"

"Ok, kalau macam tu.. Nanti jam 1 petang lu orang start kerja balik. Ok?"


Dan dengan muka tak bersalah mereka jawab..


"Bos, hari ini Jumaat. Rehat 2 jam! Nanti jam 2 petang kami mula lah!"

"Haiya.. Lu orang tak sembahyang pun mau rehat 2 jam ka!"

"Kita orang Islam ma.. Mau kasi respek sama Jumaat!"

"Erk.."


Ada juga orang sebegini.. Mengaku Islam tetapi tuntutan agama diabaikan.

P/s :-Nanti mati kena hempap cerucuk konkrit tak sempat taubat baru tau!



Kalaulah Dia Mak Kau..

2012-07-08
ibu adalah permulaan kita


Suatu hari Kakkoii sedang berjalan-jalan di sekitar bandaraya Melaka..
Tiba-tiba kelihatan seorang remaja sekolah membuang sampah merata-rata berhampiran tempat Kakkoii berdiri...

Datang seorang lelaki lalu bertanya..


"Err adik, kenapa buang sampah merata-rata?"

"Hah? Sampah ni ke?"

"Ha ah lah.. Sampah mana lagi? Kan ada tong sampah dekat depan tu je?"

"Alah bang, saya buang ni sebab nak tolong orang je.."

"Tolong orang?"

"Ye lah.. Saya nak tolong mak cik cleaner tu.."

"Tolong ape namanya ni?"

"Kalau tak ada sampah, nanti mak cik tu tak ada kerja.. Nanti dia kena buang kerja.."

"Huh?"

"Lagipun, kalau aku tolong dia tak kena buang kerja, kan aku dapat pahala.."


Lalu lelaki itu menjawab..


"Cuba kau bayangkan kalau mak cik cleaner tu mak kau.."


Secara perlahan-lahan remaja tersebut memungut sampah itu kembali, membuangnya dalam tong sampah.. dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa...

P/s :- Kadang-kadang ayat pedas baru dapat mengajar seseorang untuk berubah lebih baik.




Abang Tak Boleh Beli Yang "Tu.."

2012-07-06
yang ni memang tak boleh beli.. kalau boleh "murah" aje harganya..

 
Seperti yang diceritakan oleh rakan Kakkoii...

Di kawasan berhampiran rumahnya terdapat sebuah gerai menjual daging lembu.. Pada suatu hari, rakan Kakkoii ingin membeli daging lembu..

Maka pergilah dia ke gerai tersebut..


"Err.. Dik, saya nak beli daging."

"Ha berapa kilo?"

"Sekilo aje.. tapi boleh potong yang baru tak?"

"Ha boleh-boleh.. Nak bahagian mana?"


Sambil melihat daging yang digantung, kawan Kakkoii meminta bahagian "batang pinang" (Bahagian paling mahal dan paling sedap)


"Eh yang ni tak boleh la bang.."

"Lah, kenapa? Dah ada yang beli ke?"

"Err tak ada.."

"Dah tu kenapa saya tak boleh beli?"

"Kalau abang beli, nanti yang lain tak nak beli!"

"Hah?"

"Yer lah.. kalau dah beli yang ni, nanti orang lain nak beli apa?"

"Erk.. Macam tu pulak.."

"Ha ah.. Pilih bahagian lain lah!"

"Err tak apa lah dik. Lain kali saya datang beli.. Duit tertinggal dekat rumah lah"


Sambil berlalu pergi dan tak datang-datang lagi..
Akhirnya difahamkan, tidak sampai sebulan gerai tu ditutup kerana tidak mendapat "sambutan"...

P/s :- Kalau orang nak beli tak dibaginye, nak sambutan apenye.. Lari pelanggan adalah! Ada juga peniaga bodoh macam tu ye?



Buatan Orang

2012-07-04
Sihir, dikenali juga dengan panggilan "buatan orang"..


Ingat lagi tak Baby? Pernah Kakkoii cerita dalam entry Pak Su Cakap Lucah..

Kali ini kisah dia semasa berada di dalam kandungan..

Menjadi rutin keluarga Kakkoii untuk pulang melawat saudara mara sebulan sekali..
Ketika itu Mak Su sedang mengandungkan si Baby..


"Uwekk!! Uweeekkk!!"

"Lah, Mak Su muntah teruknya?"


Mak Su muncul dari dalam bilik dan berkata..


"Itu bukan aku, itu Pak Su kau.."

"Hah? Die sakit ke Mak Su?"

"Mana ada sakitnye.. Segar bugar lagi ada lah.."

"Dah tu, lain macam je bunyi muntah tu.. Macam teruk betul sakitnye..?"

"Entah.. Kau tanya sendiri Pak Su tu.. Asal pagi je muntah.."

"Aik? Mak Su yang mengandung, kenapa suami pula yang muntah?"

"Dia terkenan kot.."


Tiba-tiba Pak Su muncul dari dapur..


"Ini bukan terkenan.. Ini termengandung namanya.."

"Awak mengandung? Tu dalam perut yang besar tu lemak! Bukan anak!"

"Haa tu la awak.. Dalam perut ni kena buatan orang.."

"Buatan orang apanye.. Ni anak dalam perut saya ni baru lah boleh kata buatan orang.."


 Dengan perasaan tidak bersalah dan tak faham, Kakkoii bertanya..


"Buatan orang?"

"Pak Su kau la yang buat!"


Jawapan spontan Mak Su yang terkenal dengan kebebasan bercakapnya membuatkan Kakkoii tersipu-sipu malu.. Untuk menukar topik, Kakkoii bertanya..


"Dah tu, dalam perut Pak Su buatan siapa pula?"

"Buatan siapa lagi, Mak Su kau punya kerja lah.. Masak sedap-sedap, gemuk lah aku..!!"

"Erk.."


P/s :- Itu maksud buatan orang rupanya.. Ingatkan kena sihir je orang guna perkataan tu..





Jumaat-nya Di Mana?

2012-07-03


Seperti yang diceritakan oleh rakan Kakkoii..

Rakan Kakkoii, seorang perempuan, pergi bertandang ke rumah rakannya di sebuah negeri di Selatan tanah air..

Dia tiba pada waktu tengahari dan disambut mesra oleh rakan serta ayahnya..

Disebabkan ayah rakannya seorang yang kuat berpolitik, maka topik perbincangan semuanya politik..


"Ha, anak ni gerak dari Melaka pukul berapa?"

"Saya gerak tadi pukul 9 pagi.. Sampai je terus datang sini.."

"Ooo.. Macamana dekat Melaka?"

"Err.. Macamana apa?"

"Biru dengan Hijau lah.. Pakcik target hijau menang besar PRU nanti!"

"Err.. Ye ke.. Hehe.."

"Hah, kamu sokong mana?"

"Saya? Ermm saya tak tahu lagi lah pakcik.."

"Hah, mana boleh main tak tau! Ini masa depan kita.. Masa depan negara..!"

"Err.. Ye ke.. Pakcik pula sokong mana?"

"Eh, mestilah hijau!"

"Kenapa?"

"Kenapa? Kita orang Islam mesti sokong hijau. Dia bawak kita jadi baik.."

"Jadi baik?"

"Ye lah... Tengok sekarang banyak kes pecah rumah, ragut, rogol, sumbang mahram.. Tu semua sebab pemerintah biru terlampau lemah! Tak nak amalkan ikut landasan agama.. Tengok apa dah jadi.."

"Err.. Ye ke.."

"Iyee... Kalau tak percaya, tu tengok dekat TV, hari-hari ada berita jenayah.. Kalau ikut hijau, dia didik kita jadi manusia baik, orang baik-baik.. Mesti tak jadi kes-kes macam ni!"

"Ooo.."

"So, pakcik ikut hijau ni sebab macam ni lah.. Kita boleh jadi baik tahu! Sokong hijau, demi keselamatan kamu juga nanti..!"


Rakan Kakkoii berdiam diri tak tahu nak cakap apa..
Tiba-tiba rakannya berkata..


"Ayah, hari ni Jumaat.. Tak pergi sembahyang ke?"

"Eh, Jumaat ke? Pukul berapa?"

"Dah pukul 1 dah!"

"Alaa.... Tak pe, hari ni ayah cuti!"

"Erk..."


Macamana jenayah nak kurang jika diri sendiri tak nak ubah?
Sendiri fikir lah semua pembaca yang budiman..

P/s :- Terkedu Kakkoii dengar, Politik bukan main sokong yang baik-baik, tetapi diri sendiri tak baik.. Nanti di akhirat kelak akan ditanya Jumaat-nya di mana!




Pak Su Cakap Lucah!

2012-06-30
-: Ini bukan Paksu Kakkoii ye :-

Anak bongsu Paksu Kakkoii sudah pandai menggigit. Sebagai "baby" terkecil dalam keluarga dia memang disayangi oleh semua orang..

Suatu hari di kampung..
Paksu sedang bermain dengan anaknya..
Ditimang-timang baby tu, dicium-ciumnya dan setelah penat, dia berbaring sambil meletakkan baby di atas badannya..

Bermulalah suatu tragedi yang mengejutkan seisi keluarga..


"Anak ayah ni nak pergi mana...? Cak!!"


Sambil merangkak di atas badan Paksu..


"Ala la la comelnye anak ayah ni..."


Baby merangkak ke bawah untuk turun...


"Anak ayah ni nak pergi mana.. Mari sini tidur dengan ayah sayang.."


Tiba-tiba....


"Adoi..! Adoii..!! Adoiii....!!! Sakit woi sakit!"


Nenek Kakkoii yang sedang melipat kain terkejut lalu bertanya..


"Kau kenapa jerit-jerit!"

"Kurang asam punya budak.. Punai aku dia gigit!"

"Hah, padan muka kau! Dah tau budak tu dah pandai gigit, pergi biar dia dekat situ sapa suruh!"

"Hampeh betul! Mak kau pun belum gigit lagi tau tak!"

"Erk.."


Satu rumah berderai gelak..

P/s :- Muka Maksu masa tu merah tak terkata menahan malu.. 




Surat Si Cilik Kepada Bapanya

2012-06-29
-: Budak comel ni tiada kena mengena dengan entry ye :-


Apabila sedang ber-FB, Kakkoii tertarik dengan salah satu post lecturer Kakkoii..
Rasa teruja pula nak share dengan Kakkoiis sekalian 

( Sebenarnya malas nak karang entry baru :-P )

Ini lah apa yang dipost ..


"Susah kalau ada anak yang pandai.... ada ke patut dia mintak tolong kerani sekolah tolong tulis surat permintaan..."




Dan sehari selepas itu...


"Dah dapat.. Akibat surat rasmi permintaan anak.."



Rasanya kisahnya lebih kurang begini lah.. 

Si ayah terjanji dengan si anak untuk belikan kasut roda.. Mungkin sebab berjaya dalam ujian, si anak tuntut lah janji si bapa dengan cara yang unik sekali..

Budak-budak zaman sekarang makin bijak..


P/s :- Kepada sesiapa yang dah berjanji dengan anak tu, cepat-cepatlah tunaikan sebelum mereka minta dengan cara "unik" hehehe..



Punai Tersepit

2012-06-28
-: Ini bukan punai yang diceritakan :-


Ini kisah orang lelaki...
Pada suatu hari di kampung...


"Maaaaak tolooong!! Maaaaaaaaaak!!!"

"Eh apehal terjerit-jerit tu?"

"Maaaaaaakkk!!!"

"Kau apehal Boy? Jerit-jerit dalam tandas tu!?"

"Abang Kakkoii!! Tolong! Panggil mak!"

"Mak kau tak ada.. Dia keluar pergi kedai.. Apehal tu?"

"Maaaakk!! Saakiiiitt!!"

"Kau kenapa? Jatuh lubang jamban ke?! Woi, bukak pintu ni!!"


Pintu dibuka...


"Abang Kakkoii... Tolong Boy! Sakit..."

"Sakit mana?"

"Punai Boy tersepit zip!!"

"Hah! Tu la kau.. Tak nak pakai sepender.. Padan muka!"

"Tolong lah!!"

"Mana mak kau simpan minyak masak?"

"Tu... Tepi dapur!"


Kakkoii mengambil sedikit minyak masak dan menyapunya di punai Boy..


"Adoi!! Sakit!!! Cepat lah cabut..."

"Sabar lah! Aku rentap karang!"

"Bodoh kau!! Jangan rentap! Nanti putus!"

"Eh kurang asam punya budak.. Aku nak tolong kau cakap aku bodoh?"

"Orang tengah sakit lah!!"


Tiba-tiba Mak Su pulang dari kedai..


"Maaaaak!! Tolooong!"

"Eh apehal kau melalak satu rumah ni!"

"Punai dia tersepit..."

"Laaa, tersepit lagi?"

"Tolong maaak! Sakit.. Cepat lah cabut!"

"Ish ish ish... Tersepit banyak ni.. Kakkoii kau pergi ambil gunting, kita potong je!"

"Waaaaaaargh!! Tak naaaaak! mak jahat!!"

"Dah tu, suruh pakai sepender tak nak! Degil! Potong je!"

"Taak naaaaaak!!!!"

"Ha, Kakkoii.. kau tolong cabut. Tak larat dah aku nak mencabut kulit punai dia. Asyik tersepit aje.."

"Ala Mak Su, tetak dengan parang je.. Dah tak ada gerenti tak tersepit lagi.. hahaha"

"Banyak la kau punya tetak.. Nanti anak aku nak bagi cucu macamana! Hehehe"


Dengan beberapa kali cubaan, akhirnya punai yang tersepit berjaya dilepaskan...


"Dah Boy, minggu depan kau pergi sunat!"

"Tak nak!! Boy belum ready!"

"Entahnye Mak Su ni.. tiba-tiba je sunat. Apa kena mengena?"

"Dah sunat nanti punai kau tak lah tersepit lagi! Tak ada la kerja aku nak lepaskan punai yang tersepit aje! Hahaha"

"Eh siapa cakap dah sunat tak tersepit?"

"Eh, mestilah tak tersepit!"

"Kakkoii dah sunat pun kadang-kadang tersepit tau tak!"

"Erk.."



Sebagai seorang lelaki, mesti ada pengalaman bersama punai yang tersepit... 

P/s :- Yang tak ada tu mesti pakai kain pelikat setiap masa! Teeeeeeet..




Peristiwa Menyayat Hati Di Jamuan Perpisahan

2012-06-27
-: Adakalanya bergurau membawa padah :-


Berkata tentang jamuan perpisahan, Kakkoii teringat semasa sekolah dahulu..

Seorang rakan sekelas kami ingin berpindah, maka satu jamuan perpisahan dirancang. Perancangan dilakukan dalam diam-diam konon-nya nak bagi kejutan..

Pada hari yang dirancang...


"Ok guys, aku dah order KFC. Sekejap lagi mak aku hantar."

"Woaa kau memang hebat la Din... Sponsor ke?"

"Banyak cantik muka kau, apa sponsor? Kau ingat bapak aku tokey balak?"

"Haha gurau je la ngok.. Berapa kitaorang kena bayar nanti?"

"Aku beli 2 bucket.. Cukup satu kelas melantak! Korang collect sorang 3 ringgit je.."

"Aik? Macam lebih je..."

"Yang lebih kira upah aku je la..."

"Huh, kau memang pandai ambil kesempatan!"


Sebelum waktu rehat, KFC yang dipesan sampai.. Dengan kerjasama guru kelas, KFC tersebut dapat disorokkan di dalam bilik guru.

Semasa waktu rehat, Kakkoii ditugaskan membawa rakan tersebut ke bilik aktiviti pelajar tempat jamuan dilakukan...


"Madi, kau nak pindah bila?"

"Minggu ni aku last lah.. Next week dah pindah dah..."

"Ooo.. Kau ni pindahlah lambat sikit.. Tak ada lah kitaorang bosan."

"Mana boleh, bapak aku kena pindah kerja.. Kalau tak, aku pun tak nak pindah."

"Oooo patut la... Wei tolong aku angkat buku sekejap. Cikgu suruh ajak member tolong lah."

"Orait..."


Setibanya di bilik aktiviti..


"SUPRISE!!!!"

"Hah, apa ni... Apa ni...!?"

"Haha, ni jamuan farewell untuk kau lah!"

"Alamak terharunya aku..."

"Ha jangan diri lagi.. Pergi duduk situ..!"

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Pergi duduk..!"

"Err... Tapi..."

"Duduk! Duduk!! Kau jangan nak lari pulak.. KFC ni si Din beli."

"Err..."

"Penat mak dia hantar kau nak lari pulak ke?"

"Errr..."

"Wei, lupa.. Sebelum kau makan, kau kena la bagi ucapan sikit..."


Dengan nada serba salah Madi bangun dan memberikan ucapannya...


"Seriously aku memang terharu dengan suprise korang ni... Segan pun ada.."

"Haha tak payah segan, kita kan kawan.."

"Tapi aku nak bagitahu yang aku PUASA hari ini.."

"Erk..."


Semua terus diam tak tahu nak kata apa...


P/s :- After that, jika nak buat suprise kena fikir dua tiga kali dulu haha..




Auratnya Terdedah

2012-06-25


Seperti yang diceritakan oleh rakan Kakkoii..

Pada suatu hari, rakan Kakkoii keluar untuk bermain futsal..
Apabila sedang menunggu rakannya di bus stop, datang seorang gadis muda berpakaian seksi.

Dengan penuh perasaan dia berkata kepada gadis tersebut..


"Err... Sorry cik. Boleh tanya sikit?"

"Ye? .. Kenapa?"

"Owh.. Bukan apa. Saya ni nak nasihat sikit. Sesama saudara Islam lah.."

"Nasihat apa?"

"Nak nasihatkan kita sebagai orang Islam, aurat kena jaga cik.. Tak elok kita dedahkan.."

"Oh yeke? Sorry lah, I tak tahu pula aurat wanita ni.."

"Ha?"

"Sebab I bukan Islam..."

"Eh, yeke... err.. alamak.."


Untuk cover malu, dia pun berkata..


"Tapi sebagai perempuan, tak elok berpakaian seksi.. Sekarang banyak kes rogol. Bahaya.."

"Oh, terima kasih ye bagi peringatan.."

"Sama-sama, kita kan satu Malaysia.. Nasib saya ni tak jahat."

"Hehe you ni sweet lah.."

"Eh mana ada.."

"You cakap pasal aurat tadi, aurat untuk lelaki ada tak?"

"Ada.. Aurat lelaki dari pusatnya ke lutunya.."

"Kena tutup?"

"Ya.."

"Kalau tak tutup?"

"Dosa.."

"I nak tanya sikit.. Boleh?"

"Err... Ye boleh. Tanya apa?"

"I tengok you pakai seluar pendek atas paras lutut, kenapa?"

"Owh, saya nak pergi main futsal.. Selesa sikit."

"You tak takut dosa ke?"

"Err..."

"Tak takut kena rogol ke?"

"Mana ada perempuan rogol lelaki... Haha."

"Haha.. lelaki pun ada kena rogol lah.."

"Ha?"

"Maaf la lelaki pun kena tutup aurat ye sayang... Tak takut kene liwat ke sayang...."

"Erk.."


P/s :- Pesanan kepada wanita, jika kekasih kamu tak tutup aurat, katakanlah "Abang teruna jaga aurat .. Kalau tak saya naik kan hantaran ye"..



Peristiwa Bila Stim



Peristiwa ni berlaku ketika minggu peperiksaan akhir yang lepas..

Telah menjadi kebiasaan untuk kami belajar sehingga larut malam. Tanpa disedari, jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..


"Ah sudah, jam 2.30 pagi dah woi!"

"Hah? Biar betul kau."

"Betul la ni... Patut lah mata aku stim aje."

"Adoi, mati aku.. Tak habis study lagi ni. Esok pulak test jam 8 pagi!"

"Sudah... Tido lah wei. Esok bengong otak masa jawab nanti.."

"Kau tidur lah dulu. Aku sikit lagi nak habis ni.."

"Ye lah... Aku tidur dulu lah. Esok kejut aku ye."

"Aku rasa tak bangun esok ni..."

"Set jam loceng lah.."

"Kau lah set.. Aku kalau macam ni memang tak sedar punya."

"Aku? Lagi lah tak sedar!"

"Kau, kalau orang call baru kau nak sedar!"

"Haha.. Tu yang uniknya aku ni!"

"Apa kata kau message budak perempuan minta diaorang telefon untuk kejutkan pagi esok.."

"Orait.... Bagus idea kau tu"


Dengan mata yang stim, Kakkoii menaip message dan hantar ke seorang rakan perempuan yang turut mengambil peperiksaan yang sama..

Keesokan harinya...


"Tuut Tuuuutttttt.....! Tuut Tuuuuuuuuuuuutttttt......!!"


Sambil bangun tido, Kakkoii menjawab dengan suara yang penuh ke-mamai-an...


"Hellooo....?"

"Hello Kakkoii... Bangun dah jam 6.30 pagi ni. Bangun solat Subuh.."

"Errmmm... Ngantuknya.. Kau kejut lagi 15 minit please.."

"Hah?"

"15 minit lagi..."

"Nanti jangan lewat datang test saya ye... Kamu lewat 15 minit, saya tak bagi ambil test tu."

"Hmmm.... Yer tau..."


Talian dimatikan....


"....... Huh? Siapa yang call aku tadi?"


Kakkoii lihat Call History, tertera nama "Pensyarah Puan X.."


"Kenapa dia call aku pagi-pagi ni??"


Kakkoii lihat message yang dihantar semalam...


"Hey, sorry to disturb u early this morning... 
Would you please do wake up call for me? 
Aku takut terlajak tidur la wei.. Urgent. 

Got a test kan?
Thanks yea.. Sayang kau.. haha."

To : Pensyarah Puan X..
Sent : XX-06-2012, 2.43 am


"Erk...."


P/s :- Oh My God.. What have I done? An awkward day...






Kisah benar : Lelaki mengambil kesempatan dia atas kecelakaan perempuan!

2012-02-04
Sekadar gambar hiasan


Peristiwa ini berlaku ketika Kakkoii sedang di dalam minggu peperiksaan akhir..

Pada waktu tengahari,
Kakkoii baru sahaja keluar dari sebuah kedai runcit.
Kelihatan sebuah kereta proton terbakar tidak jauh dari kedai tersebut.
Seorang perempuan muda berlari keluar dan menuju ke arah kedai runcit..


"Tolong saya.. Tolong saya.. Kereta saya terbakar!"

"Hah, kereta lu terbakar ka...? Mana itu kereta terbakar?"

"Depan simpang situ... Lu ada pemadam api tak?"

"Simpang mana?"

"Sana depan!"

"Sudah habis bakar kah?"

"Belum!! Saya mahu padam itu api! Lu ada pemadam api tak?"

"Wa ada.. Lu ambil sana belakang!"

"Mana?"

"Sana belakang... Tepi pintu ada satu.."

"Tauke, lu tolong ambil lah.. Saya tak tahu guna!"

"Aiya, mana itu kereta?"

"Depan sana!"

"Wa pergi tengok..."

"Apek, mana pemadam api?"

"Pergi lu punya kereta dulu.. Nanti sudah abis bakar ma.."

"Bawa la pemadam api..!"


Apek tersebut berlari pergi ke kereta perempuan tersebut..
Kelihatan ramai orang sedang berkerumun melihat peristiwa yang jarang berlaku itu..


"Aiya, tepi... Tepi! Kasi wa lalu!"

"Tepi sikit bang, kereta saya tu.. Apek ni nak padamkan api!"

"Aiyaa lu orang kasi tepi lah!"

"Apek mau padam macamana?"

"Tak nampak lah! Kasi tepi semua orang!"

"Tak nampak apa?"

"Lu punya nombor lah!"

"Kenapa dengan saya punya nombor?"

"Ong maaa..."

"Woi apek, saya punya kereta sudah bakar lagi lu kata ong!!"

"Aiyaa.. Ambil itu nombor wa mau beli itu ekor dulu! Ini kali mesti ong punya! Sikalang lu boleh kasi padam itu api.."

"Macamana saya mahu padam?"

"Aiyaa.. Mana itu pemadam? Wa sudah suruh lu angkat ma!"

"Erk..."


Bila berlaku peristiwa ini di depan mata, baru Kakkoii sedar bahawa rakyat Malaysia ini ramai yang pentingkan diri sendiri... Tiada seorang pun yang membantu perempuan itu memadamkan api..

P/s : Termasuklah Kakkoii.. Amat memberi kesedaran apabila difikirkan kembali..


Kisah benar : Budak umur 7 tahun minta raba!

2012-02-02
Gambar ini tiada kena-mengena dengan cerita ini


Kisah ini berlaku tidak lama dahulu..

Pada waktu itu, Kakkoii berada di kampung..
Pada suatu petang, Kakkoii meluangkan masa menemani adik saudara membuat kerja sekolahnya.


"Adik buat apa tu?"

"Tengah buat matematik.."

"Alah.. Senang aje.. Nak abang Kakkoii tolong?"

"Tak payah.. Abang duduk sebelah diam-diam tengok adik buat!"

"Ok... Abang duduk sebelah ni.. Nanti tak faham boleh tanya"

"Tak payah.. Senang aje ni.."


Tidak lama selepas itu..
Tiba-tiba..


"Abang Kakkoii, adik nak raba boleh?"

"Hah!?"

"Adik nak mintak raba!"

"Ish.. Mana boleh!"

"Eh? Kedekut! Raba adik punya lah!"

"Eeee geli! Tak nak.. Tak nak!"

"Raba pun geli? Harap aje belajar tinggi tapi raba pun geli."

"Mesti lah... Tak elok tau buat tu.."

"Nak raba pun tak elok ke!"

"Yer lah.."

"Dah tu kalau salah, nak raba macamana!"

"Hah?"

"Mintak raba lah!!!"

"Tak boleh!!!!"

"Raba!!"

"Tak boleeeeh!!"

"Biar adik ambil sendiri lah! Tepi sikit!"


Lalu dia pun mengambil pemadam di dalam beg yang terletak di sebelah Kakkoii..

Ini gara-gara terikut perangai nenek lah ni!

P/s : Nenek Kakkoii memanggil pemadam sebagai Raba.... aka Rubber.. Orang tua-tua sekarang pun pandai cakap broken English kan?


Tahukah anda setiap orang ada produk lazim!

2012-02-01
Produk Lazim - setiap orang pasti ada


Apa itu produk lazim?

Peristiwa ini berlaku ketika Kakkoii bertandang ke rumah Mak Long...


"Ha, Kakkoii minum lah air Ribena ni.. Kang ais dah cair tak sedap pulak.."

"Waah.. Ribena. Lama tak minum air ni.."


Kakkoii pun meminumnya.. Tetapi..


"Kenapa Ribena mak long ni rasa lain?"

"Rasa apa?"

"Manis.."

"Ha.. Betul lah tu."

"Bukan Ribena masam ke?"

"Ooo yang tu Ribena anggur.. yang ni Ribena strawberi.."

"Aik? Sejak bila Ribena ada perasa strawberi pulak?"

"Dah lama dah ada... Ish kamu ni. Out to date betul!"

"Ooo yeke.. Haha"

"Dah telanjur kamu datang ni.. Boleh tolong mak long pergi kedai?"

"Boleh aje.. Mak long nak beli apa?"

"Mak long nak beli megi dengan Ridsect.. Nak bagi Ita (Anak mak long) bawak balik asrama petang nanti.. Kalau nak tunggu Pak long kau, lambat lagi dia balik."

"Yang tu aje? Lain ada?"

"Haa.. Yang tu aje.. Megi kasi Megi kari tau."


Kakkoii pun berlalu ke kedai..
Tidak lama selepas itu..


"Assalammualikum.."

"Waalaikummussalam... Dah beli dah?"

"Dah ini dia.. Megi kari dengan Ridsect"

"Laa.. Bukan yang ni.."

"Hah, dah tu yang mana?"

"Megi tu yang dari Indon punya.. Megi yang ni tak sedap.."

"Megi dari Indon?"

"Aah.. Yang Ridsect pulak warnanya biru.. Yang ni merah.."

"Biru? Bila masa pula Ridsect botol dia biru?"


Tiba-tiba Ita mencelah...


"Abang Kakkoii ni... Macam lah tak kenal Mak Long.."

"Kenapa?"

"Semua mee segera dia panggil Megi.. Yang dia maksudkan tu, Indomee.."

"Laa yeke?"

"A ah.. Semua jenis ubat nyamuk dia panggil Ridsect.. Dia selalu guna Shieldtox!"

"Hah.. Salah la ni.."

"Salah lah haha.. Lagi satu, semua air kordial dia panggil Ribena!"

"Pulak.. Dah tu Ribena tadi?"

"Itu bukan Ribena.. Itu Sirap!"

"Erk.."



Susah bila berhadapan dengan orang yang mempunyai produk lazim ni..

P/s : Anda ada produk lazim tak?



Asal Usul Ikan Ayam

2012-01-31
Inilah dia Ikan Ayam


Ikan ayam..
Sejenis ikan yang sedap dagingnya apabila dimasak sup.
Kenapa ia dipanggil Ikan Ayam?
Kerana tekstur dagingnya seperti ayam apabila dimasak!
Peristiwa ini berlaku tidak lama dahulu...


"Mak, ini ayam apa?"

"Kenapa?"

"Dagingnya macam ayam tapi tulangnya macam ikan"

"Itu ikan lah..."

"Hah ikan?"

"A ah.. Ikan Ayam..."

"Macamana lah boleh dapat nama ni.."

"Dah rasanya macam ayam.. Orang panggillah Ikan Ayam."

"Macamana agaknya ikan ni boleh wujud eh?"

"Ooo.. Kalau ikut cerita orang dulu-dulu, ada seekor ayam jantan terjatuh dalam sungai.."

"Hah?"

"Lepas tu, ada seekor ikan betina selamatkan dia.."

"......"

"Ikan tu bawa balik ayam ke rumah, bagi rawatan sampai ayam tu sihat semula.."

"Lepas tu?"

"Lepas tu, ayam jatuh cinta pada ikan tu... Mereka pun kahwin.. Anak-anak mereka tu yang jadi ikan ayam.."

"Oooo"


Tidak lama selepas itu Kakkoii pulang ke kampung...
Nenek pun masak ikan yang sama..
Kali ini adik saudara pula yang bertanya asal-usul ikan tu...


"Macamana asal-usul ikan ni?"

"Ooo ikan tu, ikut cerita orang tua-tua, ada seekor ayam jantan...."


Kakkoii pun menceritakan kembali seperti yang pernah diceritakan oleh mak..
Di akhir cerita, adik saudara berkata...


"Ini cerita paling bodoh pernah adik dengar... Hahaha!"

"Erk..."


Budak zaman sekarang sudah pandai....

P/s : Sebenarnya Kakkoii terima aje bulat-bulat apa yang diceritakan Mak kerana mengingatkan ia cerita lagenda.. Rupa-rupanya Mak ngencing Kakkoii!



Berhati-hati dengan amoi!

2012-01-30
Cilok dari Google


Kisah ini berlaku tidak lama dahulu..

Kakkoii pergi ke sebuah kedai game untuk membetulkan PSP..
Setibanya di kedai tersebut, Kakkoii dilayan oleh seorang amoi yang sangat cantik..


"Yes, boss? You mahu beli game ke?"

"Eh, tak.. Sini boleh betulkan PSP tak?"

"Apa rosak?"

"Joystick dia tak detect.."

"Mari saya tengok dulu.."


Dia pun mengambil PSP Kakkoii dan memeriksa kerosakan yang ada..
Dalam hati Kakkoii mula tertarik dengan amoi tersebut.
Mukanya bersih, dan senyumannya menawan..


"Ooo yang ini Joystick dia kita kena tukar baru.."

"Berapa harga?"

"You mahu yang original atau bukan?"

"Ermm bagi yang original lah.."

"Kalau original RM 60. Boleh?"

"Ok. Lambat tak siap?"

"Dalam 20 minit siap lah.. Saya pergi hantar pada kawan untuk betul sekejap. You tolong I tengokkan kedai boleh?"

"Ok.. Cepat sikit.."


Dia pun berlalu pergi..
Selang beberapa minit kemudian dia kembali ke kedai..


"Ok saya sudah hantar.. Lagi 20 minit siap. You boleh pergi jalan-jalan dulu lah.."

"Eh, tak apa.. Saya tunggu sini. Mahu tengok-tengok game yang ada.."


Tiba-tiba datang seorang rakannya...
Dari penampilan dan gaya jalan, sah rakannya ini seorang pondan melayu..
Dalam hati Kakkoii berkata..


"Ceh, amoi pun pondan nak kacau.."


Mereka pun berbual...


"Amoi, sakit betul semalam tau.."

"You sakit apa?"

"Ni haa.. Dada ni.. Semalam berdenyut-denyut semalaman.. Sakit!"

"Ish.. Kesiannya kamu.. Tak pergi jumpa doktor ke?"

"Dah.. I baru je balik ni.. Kena cucuk nak kasi maintain dada ni.. Tapi sakitnya tuhan aje yang tahu.."

"Itu lah, susah kan orang macam kita ni.. Nak dada macam perempuan kena cucuk selalu.."

"......???!"

"Tahu tak apa.. Itulah gatal sangat kita ni nak jadi perempuan, kena lah tahan sakit.."

"Erk?? Pondan?"


Sumpah suara amoi tu macam perempuan..

P/s : Kepada lelaki di luar sana, berhati-hatilah jika nak mengurat perempuan.. Takut nanti malam pertama terkejut tengok belalai... Menyesal tak sudah nanti!


Orangnya cantik tetapi perangainya buruk

2012-01-29
cilok dari google - tiada kena mengena dengan cerita ini -


Pada suatu hari, Kakkoii keluar makan bersama kawan..
Selepas memesan makanan yang diingini, kami berbual kosong..
Tiba-tiba..

"Man, awek tu lawa gila!"

"Mana? Mana?"

"Tu.. yang baru turun kereta"

"Hah, yer lah.. Lawa betul.."

"Tapi sayang dia pakai seksi"

"Tu lah.. Kalau pakai baju kurung mesti lagi lawa.."

"Boyfriend dia pulak lelaki india tua?"

"A ah.. Betul lah tu.. Siap boyfriend dia pakai rantai emas.. Macam ketua gengster je.."

"Haha.. Biarlah.. Hiasan aje tu.."

"Tapi perempuan tu memang Melayu aku rasa.."

"Yup.. Kalau tengok betul-betul memang melayu.. Tapi pakai seksi macam oversea.."


Pasangan tersebut duduk berhampiran meja kami...


"Dah... Jangan pandang-pandang.. Nanti boyfriend dia marah.."

"Hehe ye lah.. Tak pandang dah.."


Semasa kami sedang menikmati makanan...
Tiba-tiba kedengaran...


PAP!!

"Weh Kakkoii, pompuan tu kena tampar lah!"

PAP! PAP!!

"Eh, ini dah lebih pukul perempuan tengah orang ramai..!"


Boyfriend perempuan tersebut pun berkata..


"Kau kurang ajar sama aku eh? Aku bagi kau makan minum kau cari jantan lain juga!"

"........"

"Apa sudah tak cukup aku bagi duit sama kau?"

"........."

"Aku tengah makan juga kau message jantan lain!"

".........."

"Apa bontot kau tu dah gatal sangat nak barang jantan lain ke?!!"

"Weh man, mamat ni dah lebih maki-maki perempuan tu depan orang ramai macam ni!"

"Rilek Kakkoii, jangan masuk campur... Kita tengok dulu.. Kalau dia pukul lagi kita tolong"


PAP!! PAP!!! PAP!!!!

Perempuan itu ditampar lagi..


"Huh tak boleh jadi... Jom kita tolong!"


Baru sahaja kami mahu berdiri, kedengaran perempuan tersebut berkata...


"Aku memang gatal..!!!"

"Hah, menjawab!"

"Kau ingat aku ni apa! Kenapa buat aku macam ni!"

"Aku yang bela kau! Aku bagi kau duit untuk hidup! Kau kena layan aku aje!"

"Aku ada nafsu lah! Jantan lain pun aku nak rasa!"

"Kurang ajar!!"

PAP!!!!!!


Kami duduk kembali...


"Weh Kakkoii, tadi kau kata nak tolong sangat.. pergi lah.."

"....Tak jadi lah.."

"Hahaha.. Kesian dia tu.. Pergi lah tolong.."

"Kau lah pergi tolong!"

"Tak mau aku! Pondan macam tu aku nak tolong buat apa!"

"No komen..."


P/s : Rupa cantik... Tetapi rupanya pondan yang berperangai buruk..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011